Piala Eropah 2016: Portugal Yang Dipenuhi Tuah

Setiap edisi Piala Eropah pasti akan ada cerita menarik. Pada 2004 Greece mengejutkan dunia apabila menjulang trofi ke-2 terbesar selepas Piala Dunia. Sebelum Greece, Denmark juga pernah melakukan kejutan yang sama.

Jalan cerita yang dilakarkan oleh Portugal pada edisi sebelumnya (2016) juga tidak kurang hebatnya. Beberapa peristiwa telah mewarnai pertandingan yang diadakan selama sebulan itu.

Berikut adalah 5 perkara menarik yang boleh diimbas dalam kejohanan 2016 tersebut.

PORTUGAL BEBERAPA KALI HAMPIR TERKELUAR TETAPI AKHIRNYA MENJADI JUARA

Portugal membuka kempen bertemu dengan pasukan kerdil -menentang Iceland- namun gagal menewaskan negara kecil ini walaupun memiliki ramai pemain berbakat yang bermain liga terbaik dunia. Jaringan Birkir Bjarnason cukup untuk mengikat Portugal 1-1.

Portugal terus hambar apabila hanya seri tanpa jaringan dengan sebuah lagi negara kecil bola sepak, Austria.

Kehambaran Portugal berterusan dan hampir ditujukkan jalan keluar oleh Hungary. Hungary 3 kali mendahului perlawanan sehingga Cristiano tidak dapat menyorokkan lagi kekecewaannya.

Ronaldo agak tegang ketika Portugal ketinggalan ketika bertemu Hungary

Namun penyerang terbaik dunia itu 2 kali menyamakan kedudukan, penyamaan terakhir darinya membantu Portugal mara ke peringkat kalah mati melalui kaedah pasukan best 3rd place.

Kejohanan 2016 merupakan edisi pertama pasukan best 3rd place boleh mara ke peringkat kalah mati berikutan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membesarkan kejohanannya dari 16 kepada 24 pasukan.

Pada peringkat ke-2 Portugal juga tidak menang dalam 90 minit permainan, jaringan kemenangan Portugal hanya hadir pada minit ke-117 melalui Ricardo Quaresma.

Memasuki peringkat suku akhir Portugal memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menumbangkan Poland. Kemenangan tunggal dalam aksi 90 minit hanya berlaku di peringkat separuh akhir.

Wales yang melakukan kejutan mara ke peringkat ini mudah ditewaskan oleh Portugal 2-0. Portugal meneruskan tuahnya apabila menundukkan Perancis 1-0 melalui jaringan di masa tambahan.

Jaringan tunggal Eder memisahkan Portugal dan Perancis sebagai juara

Rembatan leret jauh dari Eder pada minit ke-109 memberi trofi major pertama untuk Portugal. Portugal hanya menang 1 kali (permainan 90 minit) dari 7 perlawanan dilaluinya.

Baki kemenangan melalui permaianan masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

2. ICELAND DAN WALES MENGEJUTKAN

Iceland merupakan pasukan paling lemah bersama Wales, Albania, Ireland Utara dan Republik Ireland yang layak bermain di pusingan akhir.

Negara yang hanya mempunyai populasi penduduk ini 350 ribu ini mengejutkan Portugal seawal perlawanan pembukaannya.

Keputusan tersebut bukan nasib kerana Iceland berjaya menumbangkan Hungary pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk menjadi naib juara.

Momen terbaik mereka hadir dalam pusingan ke-2 apabila menewaskan pasukan paling popular di dunia iaitu England.

Kemaraan tersebut terhenti ketika dibelasah oleh juara Piala Dunia, Perancis. Sementara itu Wales mengejutkan Belgium 3-1 di peringkat suku akhir akhirnya tewas kepada Portugal di peringkat seterusnya.

3. ITALI MEMPUNYAI LALUAN SUKAR

Walaupun kejohanan 2016 mempunyai 24 pasukan, seawal perlawanan awal laluan Itali sudah susah. Itali berada dalam kumpulan sama dengan Belgium dan Sweden.

Kedua-dua pasukan tersebut boleh menjadi pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Uniknya, Itali menumbangkan kedua-dua negara itu tetapi kalah kepada pasukan paling lemah, Republik Ireland.

Itali ditakdirkan bertemu jaguh dunia, Sepanyol di pusingan ke-2. Itali lebih cukup meyakinkan, menumbangkan Sepanyol 2-0 hasil jaringan Giorgio Chiellini dan Graziano Pelle.

Liku Itali tidak terhenti disitu apabila perlu turun menentang Jerman. Kali ini nasib tidak lagi memihak kepadanya.

Itali kalah dalam penentuan sepakan penalti, ketakutan Guanluigi Buffon apabila lawan mengambil sepakan menjadi mimpi ngeri buatnya.

Kedua-dua pasukan memerlukan sehingga 9 pemain untuk menentukan pemenang.

Sepakan ke-9 Itali gagal disempurnakan oleh Matteo Darmian. Sebelum itu Leonardo Bonucci, Graziano Pelle dan pemain yang paling kuat dimaki, Simone Zaza gagal menyudahkan sepakan itu.

4. ANTOINE GRIEZMANN MENGHIBURKAN

Perancis muncul pasukan paling menyakinkan. Menang 2 kali pada 2 perlwanan awal sebelum membuang perlawanan ketiga, seri dengan Switzerland namun masih menjadi juara kumpulan.

Perancis seterunya menewaskan Republik Ireland, Iceland dan Jerman untuk mara ke perlawanan akhir. Perancis gagal membuang tuah Portugal yang berlaku sepanjang kejohanan. Perancis tewas 0-1 selepas 120 minit permaianan.

Dalam perjalanan itu muncul nama Antoine Grienmann yang semakin meningkat dan bermain dibibir para peminat. Griezmann merangkul anugerah penjaring terbanyak kejohanan melalui 6 jaringannya.

3 tahun selepas selepas kejohanan, Griezmann menjadi salah seorang pemain termahal dunia. Barcelona membeli Griezmann pada harga sekitar €120 juta.

Piala Eropah 2016 bukanlah satu edisi terbaik yang pernah disajikan kepada para peminat bola sepak dunia. Peminat masih lagi menyesuaikan format 24 pasukan yang mula diperkenalkan pada tahun tersebut.

Namun setiap kejohanan pasti ada ceritanya dan itulah cerita Piala Eropah 2016.

Apa kenangan anda pada edisi 2016?

Baca yang lain