Piala Eropah: Jerman, Perancis dan Belanda Pernah Maut Dalam Kumpulan Maut

Undian pusingan akhir Piala Eropah 2020 yang dilakukan semalam menyaksikan 3 pasukan popular dan mempunyai tradisi baik berada dalam kumpulan yang sama.

Ia berlaku disebabkan kegagalan Portugal menjuarai kumpulan kelayakan. Perancis dan Jerman melangkah ke pusingan akhir sebagai pasukan juara kelayakan. Sementara itu Iceland, Romania, Bulgaria dan Hungary akan berentap di pusingan playoff  untuk melengkapkan 4 pasukan kumpulan tersebut.

  • Perancis (Juara Kumpulan)
  • Jerman (Juara Kumpulan)
  • Portugal (Ke-2 Kumpulan)
  • Iceland/Portugal/Bulgaria/Hungary

Dalam sejarah Piala Eropah, 4 kali kumpulan maut berlaku. Pada tahun 2000, 2008, 2012 dan 2020.

Berikut imbasan kepada persaingan kumpulan maut itu berlaku.

Belgium-Belanda 2000

Menyaksikan Portugal dan Jerman diundi di kumpulan A sebagai pasukan juara peringkat kelayakan. Pasukan popular, England menyertai mereka dan George Hagi dihujung kariernya bersama Romania melengkapi kumpulan itu.

Malang buat Jerman yang dilihat pasukan paling kuat terkeluar di peringkat kumpulan dengan menduduki tangga tercorot. Diikuti Engkand, mengikut jejak Jerman.

Lotthar Mattheus, Oliver Bierhoff dan Michael Ballack gagal memberi sebarang kemenangan kepada pasukannya. Sementara itu Alan Shearer juga gagal mengulangi kecemerlangannya di Piala Eropah 1996.

Oliver Bierhoff yang agak kecewa apabila Jerman maut di kumpulan maut pada Piala Eropah 2000

Walau bagaimana pun kemaraan Portugal dan Romania ke peringkat seterusnya tidak jauh, kedua-duanya gagal melangkah ke perlawanan akhir apabila Romania tumbang kepada Itali dan Portugal tewas kepada Perancis.

Perancis menjadi juara melalui 2 golden goal Zidane Zidane dan David Trezeguet di separuh akhir dan akhir.

Walaupun Jerman gagal teruk di Piala Eropah 2000, negara ini berjaya menjadi finalis Piala Dunia 2002. Hebat, Jerman keluar dari bencana dengan menjadi naib juara Piala Dunia.

Austria-Switzerland 2008

Edisi kali ini giliran Belanda, Itali, Jerman dan Romania berada di kumpulan yang sama. 4 pasukan yang datang dari 2 kumpulan kelayakan yang sama. Itali dan Perancis menjadi 2 pasukan teratas kumpulan B peringkat kelayakan. Romania dan Belanda datang dari kumpulan G.

Edisi yang menyaksikan titik jatuh pasukan Perancis, merudum dalam beberapa pertandingan major selepas itu.

2 pasukan ini ke Piala Eropah 2008 dengan status finalis Piala Dunia 2006. Perancis gagal teruk apabila menduduki tangga tercorot peringat kumpulan.

Aksi perlawanan akhir Piala Dunia 2006 melibatkan pasukan Itali dan Perancis. Kedua-dua pasukan berada dalam kumpulan yang sama di Piala Eropah 2008.

Itali dan Belanda tewas di peringkat suku akhir.

Pada Piala Dunia 2010 menyaksikan Perancis terus malang apabila berada di tangga tercorot peringkat kumpulan yang mengandungi Uruguay, Mexico dan Afrika Selatan.

Krisis di kem Perancis kemuncak pada tahun 2016 apabila banyak pihak campur tangan untuk menyelesaikan isu berpuak dalam pasukan mereka.

Itali mengikut jejak Perancis, berada di tangga tercorot peringkat kumpulan Piala Dunia pada ketika itu. Mungkin letih berada di kumpulan maut Piala Eropah 2008 sehingga maut di Piala Dunia 2010.

Poland-Ukraine 2012

3 pasukan juara peringkat kelayakan diundi dalam kumpulan yang sama iaitu Jerman, Belanda dan Denmark. Lebih malang pasukan paling lemah dalam kumpulan ini adalah Portugal. Portugal layak melalui pusingan playoff di pusingan kelayakan.

2012 menyaksikan kali ke-3 kumpulan maut wujud sejak Piala Eropah dibesarkan menjadi 16 pasukan, iaitu bermula pada tahun 1996.

Kisah tragis kumpulan maut di Piala Eropah tidak pernah hambar. Giliran finalis Piala Dunia 2010, Belanda pula menjadi mangsa seterusnya dalam persaingan kumpulan maut.

Belanda tewas dalam kesemua 3 perlawanan peringkat kumpulan walaupun hadir dengan status naib juara Piala Dunia 2 tahun sebelum itu.

Belanda hampir menjuarai Piala Dunia 2010, tetapi maut di kumpulan maut Piala Eropah 2012. Belanda seterusnya hilang dari radar Piala Dunia 2018.

Piala Eropah 2012 merupakan cerita suram bola sepak Belanda, pasukan yang dikatakan mempunyai ramai pemain serangan berbakat seperti Wesley Sneider, Arjen Robben, Robin Van Persie dan Rafael Van Der Vaart.

Malangnya pada era Bert Van Marvijk ini, mereka tidak mempunyai pertahanan yang mantap. Virgil Van Dijk belum besar lagi masa tu. Belanda pada ketika itu tidak mampu membina pertahanan berkelas dunia dengan hanya 4 pemain.

12 negara tuan rumah, 2020

Pada edisi ke-2 Piala Eropah yang melibatkan 24 pasukan, berlaku sekali kumpulan maut. Menyaksikan Jerman dan Portugal sudah 3 kali bersaing dalam kumpulan maut. Portugal akan bersaing dalam kumpulan maut untuk kali ke-2.

Kumpulan maut kali ini terbentuk kerana Portugal gagal menjuarai peringkat kelayakan dan lebih malang mereka berada di kumpulan yang mempunyai 2 juara pusingan kelayakan.

Rumusan

Melihat kepada 3 kali kumpulan maut yang terbina pada edisi 2000, 2008 dan 2012, peminat bola sepak eropah menyaksikan 3 pasukan besar tewas dalam persaingan tersebut.

Jerman, Perancis dan Belanda berada di tangga tercorot peringkat kumpulan tanpa menang dalam semua 3 perlawanan.

Jika sejarah itu terus kekal bermakna Portugal, Perancis atau Jerman akan sekali lagi berada di tempat terbawah tanpa sebarang kemenangan.

Jika benar, pasukan mana yang akan maut?

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan