Piala FA: Lihat 2 Gol Deras Chelsea Singkirkan Liverpool

Liverpool berhadapan dengan Chelsea dalam aksi pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge.

Liverpool bermula dengan tempo agak sederhana.

Adrian berjaya menafikan rembatan awal oleh Willian dengan sangat cemerlang sekali.

Namun selepas itu Adrian melakukan keeper error yang gagal menghadang rembatan deras Willian.

Gol itu berpunca daripada high press Chelsea yang berjaya menekan Liverpool. Fabinho tergelincir. Lalu Willian mengambil kesempatan.

Liverpool memiliki peluang terbaik juga pada separuh masa pertama. Namun Kepa Arrizabalaga lakukan world class save Menafikan percubaan Mane dan Origi.

Separuh masa kedua Liverpool memperbaiki tempo permainan mereka. Dan ada mencipta beberapa peluang gol pada awal separuh masa kedua. Malang sekali tiada connection di antara hantaran dengan rakan.

Chelsea menambah satu lagi gol menerusi Ross Barkley selepas Liverpool hilang bola di tengah.

Barkley Berlari pantas dan deras lalu melakukan percubaan yang sangat deras menewaskan Adrian.

Liverpool menguasai bola namun sangat sedikit impak di final third.

Pedro mendapat peluang satu lawan satu selepas kesilapan Neco Williams dan Joe Gomez.

Kali ini Adrian cemerlang menghadang rembatan deras itu dengan kakinya.

Mason Mount melakukan sepakan percuma cantik yang terkena palang gol. Bergetar palang gol.

Giroud datang dengan ancaman beliau selepas itu. Tetapi rembatannya terkena tiang. Hampir sahaja Chelsea membunuh perlawanan ini dengan gol ketiga.

Jurgen Klopp memasukkan Milner, Firmino dan diikuti Mohamed Salah untuk menyelamatkan kempen mereka.

Mason Mount sekali lagi mendapat peluang. Namun beliau agak tamak. Kerana boleh sahaja dia hulurkan bola kepada Giroud.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil