Piala FA: Norwich City Bakal Berhadapan Dengan Manchester United Yang Lebih Baik Dari Sebelumnya

Manchester United akan terbang ke Norwich City bagi menghadapi perlawanan Piala FA, peringkat suku akhir. Pasukan yang mereka tewaskan 2 kali di liga dengan mudah.

Mereka menang di Carrow Road 3-1 melalui jaringan Scott McTominay, Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Selepas itu, United membelasah Norwich di Old Trafford 4-0 hasil jaringan Martial, Mason Greenwood dan 2 gol dari Rashford.

Sejak hujung Januari, United masih mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam semua pertandingan, 13 perlawanan.

  • FAC: Tranmere Rovers (a) 6-0
  • LEC: Manchester City (a) 1-0
  • PRL: Wolverhampton (h) 0-0
  • PRL: Chelsea (a) 2-0
  • UEL: Club Brugge (a) 1-1
  • PRL: Watfort (a) 3-0
  • UEL: Club Brugge (h) 5-0
  • PRL: Everton (a) 1-1
  • FAC: Derby County (a) 3-0
  • PRL: Manchester City (h) 2-0
  • UEL: LASK (a) 5-0
  • PRL: Tottenham Hotspur (a) 1-1
  • PRL: Sheffield United (h) 3-0

*PRL: Liga Perdana, FAC: Piala Liga, LEC: Piala Liga dan UEL: Liga Europa

Sejak dilantik pada pertengahan Disember 2018, Ole Gunnar Solskjaer masih memburu kejuaraan pertamanya sebagai pengurus.

Piala FA kali ini dilihat peluang terbaik bagi Solskjaer membuktikan kemampuannya. Secara kebetulan Sir Alex Ferguson juga menang piala ini dalam koleksi pertamanya di Old Trafford pada tahun 1990.

“Piala FA merupakan pertandingan yang hebat.” kata Solskjaer

“Ketika saya masih budak, pertandingan ini mempunyai kelas tersendiri, klimaks hujung musim, perlawanan yang anda akan nantikan di kaca televisyen di Norway.”

Solskjaer menang piala ini 2 kali pada tahun 1999 dan 2004 bersama United.

Saat paling dramatik Solskjaer muncul ketika dia menjaringkan gol kemenangan pada minit 90 ketika menewaskan Liverpool di Old Trafford pada Januari 1990.

Liverpool mendahului 1-0  melalui jaringan Micheal Owen.

Keputusan itu kekal sehingga minit ke-88 sebelum Dwight Yorke menyamakan kedudukan, kemudian Solskjaer melakukan rembatan kaki kiri pada minit terakhir perlawanan.

“Jaringan menentang Liverpool merupakan detik terbaik saya di Piala FA. Saya juga memainkan peranan ketika jaringan penyamaan dan itu juga merupaka detik membanggakan.”

“Ayah saya berada di tempat penonton. Saya telah menang 2 kali ketika bergelar pemain, saya harap saya berpeluang sekali lagi melangkah ke Wembley.”

Piala FA 1998/99

  • R3: 3-1 Middlesbrough (h), Andy Cole, Denis Irwin, Ryan Giggs
  • R4: 2-1 Liverpool (h), Dwight Yorke, Ole Gunnar Solskjaer
  • R5: 1-0 Fulham (h), Andy Cole
  • QF: 0-0 Chelsea (h)
  • QF: 2-0 Chelsea (a), Dwight Yorke (2)
  • SF: 0-0 Arsenal (n)
  • SF: 2-1 Arsenal (n), David Beckham, Ryan Giggs
  •   F: 2-0 Newcastle (n), Teddy Sheringham, Paul Scholes

Piala FA 2003/04

  • R3: 2-1 Aston Villa (a), Paul Scholes (2)
  • R4: 3-0 Northampton Town (a), Michael Silvestre, Owen Hargreaves, Diego Forlan
  • R5: 4-2 Manchester City (h), Ruud Van Nistelrooy (2), Paul Scholes, Cristiano Ronaldo
  • QF: 2-1 Fulham (h), Ruud Van Nistelrooy (2)
  • SF: 1-0 Arsenal (n), Paul Scholes
  •  F: 3-0 Millwall (n), Ruud Van Nistelrooy (2), Cristiano Ronaldo

“Saya tidak pasti pemain muda sekarang benar-benar memahami betapa besarnya pertandingan ini, tetapi bagi pemain saya, mereka tahu.”

Persaingan merebut kejuaraan tahun ini dilihat sukar buat semua pasukan. Liverpool telah terkeluar dari saingan, begitu juga Tottenham yang ditewaskan oleh Norwich City.

Tetapi Manchester City, Chelsea, Sheffield United, Newcastle United, Arsenal dan Leicester City membentuk 8 pasukan Liga Perdana di suku akhir Piala FA.

Norwich City kini berada di tangga tercorot liga belum menjaringkan sebarang gol selepas liga bersambung. Mereka tewas kepada Southampton dan Everton di gelanggang sendiri dengan keputusan 0-3 dan 0-1.

Solskjaer memiliki saiz skuad yang lebih besar, cergas dan dia akan memanfaatkanya menentang the Canaries.

“Akan ada beberapa perubahan pemain tetapi jika pemain ingin menjadi sebahagian dari pasukan Manchester United, pemain perlu berubah.”

Terdapat beberapa berita menarik untuk para peminat United, Jesse Lingard berada dalam keadaan bersedia untuk bermain.

“Jesse telah kembali selepas lockdown dengan senyuman dan dia mempunyai banyak tenaga.”

“Pada minggu lepas dia jatuh sakit. Kami sudah melakukan semua ujian dan dia kelihatan baik.”

“Dia akan terlibat dalam perlawanan lawan Norwich City. Dia menjaringkan (akan) gol penting dan menjadi pemain penting untuk kami.”

“Mari kita lihat dihadapan, bagaimana ia berlaku kerana pada masa ini dia kelihatan tajam.”

Pemain berusia 27 tahun ini masih belum tampil dalam kesebelasan utama liga sejak kalah 0-2 kepada Arsenal pada tahun baru.

Tetapi Lingard bermain 90 minit ketika menumpaskan Tranmere Rovers di pusingan ke-4. Dia juga bermain ketika United menang di pusingan ke-5 menentang Derby County.

Walaupun United diundi bermain di gelanggang lawan tetapi mereka masih mampu menang, menjaringkan 10 gol tanpa sebarang bolos.

Piala FA 2019/20

  • R3: 0-0 Wolverhampton (a)
  • R3: 1-0 Wolverhampton (h), Juan Mata
  • R4: 6-0 Tranmere Rovers (a), Maguire, Dalot, Lingard, Jones, Martial, Greenwood
  • R5: 3-0 Derby County (a), Odion Ighalo (2), Luke Shaw,
  • QF: X-X Norwich City

“Kami berada dalam situasi menuntut kami memperbaiki diri.”

“Kami perlu ke Liga Juara-Juara. Mendaki tempat terbaik di liga dan mula memberi cabaran untuk meraih trofi.”

Selepas melalui bulan Januari yang buruk – kalah 4 kali, United telah meraih 13 perlawanan tanpa kalah selepas itu. 10 dari 13 perlawanan tersebut adalah clean sheet.

Tidak boleh hanya berterima kasih kepada Bruno Fernandes kerana blok pertahanan United semakin menyakinkan termasuk prestasi baik dari Aaron Wan Bissaka.

“Saya menonton seorang pemain pertahanan luar biasa (Wan Bissaka) pada musim lalu.”

“Permainan luar biasa ketika menentang Leroy Sane dan Manchester City.”

“Apabila kami berjaya menandatanginya, kami mengenalinya, seorang lelaki pemalu tetapi mahu terus belajar dan mendengar.”

“Dia menyumbang lebih banyak bantuan gol, mencipta peluang, hantaran lintang -seorang bek sisi terbaik masa ini- kami bergantung penuh kepada bek sisi untuk naik ke atas dan kami gembira dengan kemajuan Bissaka.”

United sedang melalui proses peningkatan, pasukan ini berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding ketika bertandang ke Norwich pada Oktober lepas.

Selepas kalah 2 kali, Norwich City kali ini bakal bertemu United yang lebih baik dari sebelumnya.

  • Norwich City lwn Manchester United
  • Sheffield United lwn Arsenal
  • Leicester City lwn Chelsea
  • Newcastle United lwn Manchester City

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil