Newcastle United telah disingkirkan oleh pasukan kerdil Cambridge United di hadapan penyokong mereka sendiri.
Ianya adalah keputusan yang sangat mengejutkan musim ini. Dan magis FA Cup itu kekal ada.
I’ve seen Cambridge United lose midweek at Hyde and Southport and Salisbury.
I’ve just seen them win at Newcastle, one of the greatest results in the history of the football club.
The FA Cup will always be important. pic.twitter.com/7UA7Cu6xVE— Matt Ramsay (@ramsaymatt) January 8, 2022
St James’ Park penuh dengan penyokong terutama sekali mereka mahu menyaksikan bintang baharu kelab, Kieran Trippier yang turun beraksi. Howe memutuskan untuk terus meletakkan pemain antarabangsa England itu di kesebelasan utama.
Newcastle have been knocked out of the FA Cup by third-tier Cambridge United 😵 pic.twitter.com/023dnPNFc8
— GOAL (@goal) January 8, 2022
Billionaire Yasir Al Rumayyan sanggup terbang menggunakan jet peribadinya dari Arab Saudi ke Newcastle bersama sama menyaksikan aksi pasukan kesayangan mereka bersama dengan kira kira 52k penyokong di dalam stadium.
Al Rumayyan @PIF_en & @NUFC Chairman to land in Newcastle in the next 45 minutes. #NUFC #NUFCTakeover pic.twitter.com/re9t2xo3SZ
— NUFCNews24 (@NUFCNews24) October 17, 2021
Malangnya, debut Trippier berakhir dengan kekalahan mengejutkan di tangan Cambridge United yang kini bergelut di kelompok baawahan liga di divisyen 3 – berada di tanggan ke-16.
Skuad bimbingan Eddie Howe melakukan 22 percubaan ke arah gol namun tidak sekali pun mereka menewaskan penjaga gol Cambridge – yang merupakan bekas pemain Charlton – Dimitar Mitov.
Magpies hampir mendahului seawal minit keempat namun Sean Longstaff gagal menyempurnakannya peluangnya.
Pada minit ke ke-12, Allan Saint-Maximin menyungkit bola untuk Joelinton namun peluang sekali lagi dipersiakan.
Penjaga gol Cambridge, Dimitar Mitov terus cemerlang menafikan percubaan dari Newcastle.
Melihat aksi penjaga gol mereka, para pemain Cambridge seolah olah mahu membalas budi kepada penjaga gol mereka yang bermain untuk B-21 Bulgaria itu.
Pasukan pelawat kemudian meminta penalti pada minit ke-36. Namun VAR menafikannya.
Saint-Maximin sekali lagi menguji Mitov yang melakukan aksi penyelamatan akrobatik. Mitov turut menggagalkan usahan Ritchie daripada sepakan penjuru minit ke-38, susulan daripada Fabian Schar pula ofsaid, membuatkan gol dibatalkan.
Murphy kemudian menguji Mitov, dan sekali lagi penjaga gol itu menafikan percubaan Newcastle.
Cambridge benar benar bermotivasi selepas aksi separuh masa pertama yang cemerlang ketika mereka bertahan.
Pada separuh masa kedua, debutant, Kieran Trippier berjaya melakukan sepakan penjuru yang tepat ke arah Joelinton. Tetapi voli Joelinton terus ke dakapan Mitov.
Newcastle kemudian menyaksikan satu lagi gol mereka dibatalkan kerana ofsaid.
Dan pada minit ke-56, pasukan divisyen 3, Cambridge United mendahului – ianya memerlukan penyokong Cambridge menunggu penuh debaran menanti keputusan VAR.
What a moment. What a man. #CamUTD pic.twitter.com/Z3Kg2pPgxk
— Cambridge United FC (@CambridgeUtdFC) January 8, 2022
Akhirnya VAR mengesahkan gol Joe Ironside.
Howe memasukkan Miguel Almiron dan Joe Wilock dalam usaha mereka mahu mencari gol penyamaan dan mengelak daripada dimalukan.
Cambridge terus bertahan kental dan akhirnya menyingkirkan pasukan paling kaya di dunia pada ketika ini daripada pusingan ketiga.
🚨 NEWCASTLE UNITED ARE OUT OF THE FA CUP 🚨
The richest club in the world have just been stunned at St James' Park by struggling League One side Cambridge United! 😳 pic.twitter.com/GZKAdjSope
— SPORTbible (@sportbible) January 8, 2022
Alan Shearer ternyata tidak gembira dengan prestasi Newcastle yang dianggapnya sebagai menyedihkan.
Well done Cambridge. Pathetic NUFC. 🤬 #FACup https://t.co/Ba3GR9Uyye
— Alan Shearer (@alanshearer) January 8, 2022