Port FC membelasah lawannya dengan tanpa belas pasukan MBF Amphawa dengan kemenangan 22-1 dalam aksi Piala FA Thailand.
Sekaligus memecahkan rekod kemenangan terbesar dalam saingan piala domestik utama di Thailand yang dicatatkan Chiang Mai pada 2019.
Dalam aksi Piala FA Thailand MBF Amphawa FC, melayan kunjungan Port FC di Stadium Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Samut Songkhram.
Port FC menurunkan pasukan yang digabungkan di antara pemain utama dengan pemain simpanan mereka sebelum ini. Dengan beberapa pemain utama seperti Sergio Suarez, Badin Phala, Pakorn Prempak dan David Rochela kesemuanya ada dalam pasukan.
Seperti dijangka, Port FC menguasai perlawanan dari segenap segi sejak awal lagi. Mereka mendahului menerusi jaringan Sergio Suarez pada minit pertama.
Suarez mencatatkan hatrik dalam perlawanan ini dengan 2 gol pada separuh masa pertama dan satu lagi pada awal separuh masa kedua.
Seorang lagi pemain yang mencetak hatrik ialah Nanthawat Suankaeo dengan keseluruhannya mencatatkan lima gol dalam perlawanan ini. Hampir sahaja dia menjaringkan hatrik berganda.
Selain daripada Suarez dan Nanthawat, Nurul Sriyankem dan Tanasith turut mencatat hatrik masing masing.
Menjadikan ada 4 pemain mencatatkan hatrik dan seorang berjaya mencatatkan sehingga lima gol.
Bordin berjaya menjaringkan 2 gol.
Sementara Rochela, Meechkoe, Twitawee, Pakorn dan Thanaboon Kesaratmasing masing dengan satu gol.
Gol saguhati MBF Amphawa hanyalah satu gol daripada Amnad.
Dengan kejayaan memenangi aksi ini, bermakna Port FC mara ke pusingan kedua dengan mudah.
It was touch and go there for a moment but @PortFC_Official are into the hat for Round 2 of the FA Cup! #Thailand #ThaiFAcup pic.twitter.com/65WSGy0SVj
— Ken in Thailand (@ken1978uk) October 27, 2021
Keputusan perlawanan itu turut memecahkan rekod sebelum ini dengan jaringan terbanyak dalam Piala FA yang pernah dicatatkan Chiang Mai United menewaskan Singha Ubon FC, 18-0 pada pusingan awal.