Piala FA: United Singkirkan Arsenal Dengan 10 Pemain

Arsenal melayan kunjungan Manchester United pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris.

Ianya menjanjikan aksi klasik Piala FA setiap kali kedua dua pasukan bertemu dalam pentas pertanndingan ini.

Walaupun Arsenal lebih dominan, namun Manchester United terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh Bruno Fernandes pada minit ke-52.

Ianya berpunca daripada kesilapan pertahanan Arsenal di garisan tinggi membuatkan Alenjandro Garnacho meluru ke hadapan dan melorongkan bola untuk disambar masuk Bruno Fernandes.

Pada minit ke-61, Dalot dibuang padang setelah menerima kad kuning kedua.

Dua minit selepas itu Arsenal menyamakan kedudukan menerusi gol oleh Gabriel yang melakukan rembatan terbias pada kaki pertahanan United.

Arsenal kemudian dihadiahkan sepakan penalti selepas Harry Maguire didakwa mengasari Kai Havertz.

Malangnya sepakan penalti oleh Martin Odegaard diselamatkan oleh Altay Bayindir.

Memiliki kelebihan seorang pemain Arsenal terus mengasak ke kubu United namun gagal menyempurnakan beberapa perluang gol mereka.

United sendiri memiliki peluang gol, misalnya menerusi Zirkzee yang hampir menewaskan David Raya.

Aksi berlarutan sehingga ke-120. Dan masih terikat. Lalu penentuan penalti digunakan untuk menentukan pasukan yang akan mara.

Kai Havertz gagal dalam penalti. Dan Joshua Zirkzee tampil menjadi penentu kepada United.

Pemain Belanda itu berjaya memasukan United menyempurnakan semua penalti untuk menang 5-4 dalam penentuan penalti.

Bayindir wajar digelar wira Man United. Menyelamat penalti Odegaard pada masa sebenar dan menyelamatkan penalti Havertz pada penentuan penalti.