Piala Dunia Kelab: Liverpool Selangkah Sahaja Lagi, Arnold – Firmino Masuk Berikan Kemenangan

Liverpool sebenarnya lebih dominan. Namun di tengah lopong gila babi. Dengan Lallana lacl of protection kepada back 4.

Liverpool turun dengan beberapa pemain utama tak dapat beraksi. Henderson bermain di bek tengah berpasangan dengan Joe Gomez.

Manakala James Milner dan Andy Robertson di sideback.

Van Dijk cedera dan tak dapat bermain tau. Tak pasal pasal kau tanya.

Di no.6 Lallana dengan gandingan 2 pemain tengah iaitu Chamberlain dan Naby Keita.

Liverpool bermula dengan intensiti tinggi dalam perlawanan ini. Namun pasukan lawan agresif dalam mematikan serangan dan duel satu lawan satu.

Liverpool di hadapan menerusi Naby Keita. Satu gol yang cantik selepas hantaran licik daripada Mohamed Salah.

Namun gol tu tak kekal lama seperti tak disapu minyak lintah.

Funes Miri menyamakan kedudukan daripada bola kedua selepas Alisson dipaksa melakukan save padu.

Selepas itu Liverpool bergelut nak memecahkan blok pertahanan.

Ada beberapa peluang namun Origi dan Naby Keita gagal menambah gol.

Pada separuh masa kedua, Liverpool sekali lagi dengan skrip sama. Mereka control game, namun setiap kali lawan menyerang balas, ada lopong di tengah untuk dilalui.

Klopp kemudian memasukkan beberapa pemain untuk memperbaiki keadaan. Kemasukan Mane, Trent Alexander-Arnold dan kemudiannya, Roberto Firmino memberikan impak.

Liverpool mendapat beberapa peluang dan masih gagal.

Alisson kemudian dipaksa melakukan satu aksi menyelamat sepakan percuma yang deras dan keras.

Sehinggalah minit ke-91, masa kecederaan. Di mana Mo Salah gagal menggelecek. Bola dapat kepada Arnold.

Arnold kemudian melakukan killer pass rendah yang melepasi beberapa kali pertahanan, dengan bola paras lutut. Senang hatinya Firmino melakukan sentuhan cantik yang memukau memberikan gol.

Liverpool memberikan peluang saat akhir kepada Monterey. Namun mujur mereka tak berjaya menyodok bola ke gawang.

Liverpool ke final Piala Dunia Kelab 2019. Lawan di final Liverpool adalah Flamengo.

Semoga berjaya kepada Liverpool.

Baca yang lain