Piala Super Saudi: Al Nassr Dan Ronaldo Disingkirkan Al Ittihad

Pasukan Al Nassr yang diwakili oleh Cristiano Ronaldo telah tersingkir dari Piala Super Saudi.

Di mana skuad yang membayar €200 juta setahun kepada Ronaldo itu telah tewas 3-1 separuh akhir kepada musuh tradisi Al Ittihad di Riyadh.

Pemain antarabangsa Portugal berusia 37 tahun itu, pemenang Ballon D’Or lima kali, mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakannya.

Ronaldo sekali lagi menjadi ketua pasukan untuk Al Nassr dalam aksi di atas padang. Dia cuba untuk memberikan inspirasi kepada pasukannya.

Pertahanan Al Itthihad secara keseluruhannya berjaya mengawal Ronaldo dengan sebaiknya. Pemain Portugal itu diberikan layanan yang agak keras dalam perlawanan ini. Mereka tidak membenarkan superstar Portugal itu mendapat banyak ruang.

Penyokong Al Ittihad bersorak gembira apabila Romarinho meletakkan Al Ittihad 1 gol di hadapan seawal minit ke-15.

Kedudukan menjadi 2-0 memihak Al Ittihad menjelang rehat separuh masa selepas gol oleh Abderrazak Hamdallah pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, Anderson Talisca merapatkan jurang gol untuk Al Nassr pada minit ke-67.

Namun ianya tidak mencukupi untuk memulihkan defisit daripada dua gol separuh masa pertama.

Malah, Muhannad Al-Shanqeeti menambah tiga minit ketiga pada masa kecederaan.

Ronaldo menunjukkan reaksi kecewanya kerana dia terus tewas dalam debutnya dalam pertandingan Piala Super Saudi.

Ronaldo benar benar bergelut untuk mendapatkan gol dalam perlawanan ini.

Selepas dua perlawanan beraksi bersama Al Nassr, Ronaldo masih gagal mencetak sebarang gol atau mencipta sebarang assist.

Secara keseluruhannya, Al Nassr sangat dominan berdepan dengan pasukan Al Ittihad yang dibimbing Nuno Espirito Santo.

Statistik ini menggambarkannya:

Ianya jelas permulaan yang sukar buat Ronaldo di Arab Saudi. Xavi sebelum ini pernah mengingatkan Ronaldo bahawa persaingan di Arab Saudi tidak semudah disangka.

Baca yang lain