Piala Super Sepanyol: Bagaimana Pique Boleh Menjana Lebih Banyak Dari Real Madrid Dan Barca

Gerard Pique sekali lagi menerima durian runtuh. Kali ini daripada penganjuran Piala Super Sepanyol yang diadakan di Arab Saudi.

Juara edisi kali ini adalah Barcelona yang menang 3-1 ke atas musuh tradisi mereka Real Madrid.

Syarikat milik Gerard Pique, Kosmos merupakan syarikat yang bertanggungjawab membawa acara itu ke Arab Saudi.

Ini bukanlah kali pertama ianya diadakan di Arab Saudi.

RFEF menerima banyak kritikan kerana membawa Piala Super Sepanyol ke Arab Saudi. Di mana penyokong Real Madrid dan Barcelona di Sepanyol tidak dapat menikmati aksi di negara mereka.

Mereka menganggap ianya ibarat merompak hak peminat bola sepak tempatan di Madrid dan Catalonia.

RFEF mempertahankan tindakan mereka. Menganggap ianya sebagai salah satu cara mempromosi Liga Sepanyol ke luar negara.

Di sebalik retorik itu, sebenarnya RFEF menjana pendapatan sekitar €40 juta daripada pertandingan Piala Super Sepanyol yang diadakan di Arab Saudi.

Format pertandingan sekarang bukan lagi menemumkan juara liga dengan pemenang pertandingan piala domestik yang terus beraksi di final.

Namun ada 4 pasukan yang akan beraksi di separuh akhir. Juara liga sudah tentuntya ada tempat dengan pasukan yang memenangi piala. Atau ditentukan dengan kedudukan terbaik dalam liga utama jika piala domestik turut dimenangi oleh juara liga.

Gerard Pique menjana pendapatan lebih tinggi daripada Real Madrid atau Barcelona.

Di mana Pique menerusi syarikatnya Kosmos menjana €4 juta daripada pertandingan itu.

Barcelona dan Real Madrid selaku finalis mendapat €2.8 juta masing masing. Sementara Valencia mendapat €1.7 juta dan Real Betis menerima hanya €750k.

€20 juta daripada baki €23.7 juta lagi akan dimasukkan ke dalam Liga Sepanyol.

Gerard Pique merupakan seorang usahawan yang sangat luar biasa. Ketika bergelar pemain Barcelona lagi dia sudah menubuhkan syarikat yang bertindak menjadi penganjur acara bola sepak, sukan lain serta beberapa acara lain lagi.

Malah pada satu ketika, Barcelona pernah meminta penangguhan gajinya sehingga €50 juta. Kelab setuju untuk membenarkan Pique memberikan tumpuan kepada perniagaannya pada masa itu sebagai balasan.

Baca yang lain