Perlawanan akhir Piala Super Turki antara Galatasaray dan Fenerbahce yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi semalam telah dibatalkan.
Sebelum ini kerajaan Arab Saudi dan Persekutuan Bola Sepak Turki, telah mencapai persetujuan bahawa Stadium Al-Awwal Park di Riyadh dipilih menjadi tuan rumah perlawanan itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Saudi melarang kedua-dua pasukan daripada memanaskan badan dengan kemeja-t Mustafa Kemal Ataturk, tokoh yang mengasaskan Turki moden, beberapa jam sebelum perlawanan dijadualkan bermula.
Polis Saudi turut melarang penyokong kedua dua pasukan mengibarkan banner atau memakai mana mana t-shirt atau apa sahaja simbol yang menunjukkan imej atau nama Mustafa Kemal Ataturk.
Perkara itu dihebahkan FA Turki kepada semua yang hadir ke perlawanan itu. Dengan ramai penyokong mulai bengang dengan larangan itu.
Kemudian sebelum sepak mula, dilaporkan pemain kedua dua pasukan enggan meninggalkan hotel kerana mereka kecewa dengan tindakan polis Saudi.
🚨🇹🇷 BREAKING! The Turkish Super Cup final scheduled for now has been CALLED OFF!
Both Galatasaray and Fenerbahce refuse to play without 'Atatürk' on their shirts in Saudi Arabia. 🇸🇦
An inscription referring to Mustafa Kemal Atatürk, founder of the Turkish Republic.
The… pic.twitter.com/wuye3LSyqD
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) December 29, 2023
FA Turki atau TFF akhirnya mengumumkan: “Pertandingan Piala Super 2023, yang dirancang untuk dimainkan pada hari Jumaat, 29 Disember 2023 jam 20.45, telah ditangguhkan ke tarikh kemudian akibat keputusan bersama yang kami buat dengan kelab kami, kerana beberapa gangguan dalam organisasi. .
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Bola Sepak dan institusi serta organisasi berkaitan negara tuan rumah atas usaha yang telah mereka lakukan selama ini dalam penganjuran Piala Super.”
BREAKING NEWS: Turkish Super Cup between Galatasary vs Fenerbahce that was supposed to be played in Saudi Arabia has been canceled due to political reasons.
This video show Galatasary team packing back their stuff to return to Turkey. pic.twitter.com/HwQiZowel2
— 𝑨𝑩 𝙁𝙤𝙤𝙩𝙞𝙚 ⓫ – عبدالله كورة🇪🇸 (@abdallah_rm11) December 29, 2023
Perlawanan Pila Super Turki ini ditetapkan untuk dimainkan sempena ulang tahun ke-100 pembaharuan revolusi Ataturk yang meletakkan asas bagi Republik Turki sekular.
Selain itu, terdapat laporan awal menyatakan bahawa bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan Turki tidak dibenarkan oleh polis Saudi; namun, TFF menafikan perkara ini.
Saudi Arabia bans Ataturk and the Turkish national anthem, causing an international scandal.
Today, Galatasaray and Fenerbahçe were scheduled to play in the Turkish Super Cup in Saudi Arabia.
However, the game is now at risk. The Saudi authorities have prohibited posters… pic.twitter.com/y6qUhHUJVO
— 301 Sports (@301sports_) December 29, 2023
Seterusnya Wartawan FOX Turki, Muhabiri Elvan Arat melaporkan bahawa mereka dilarang sama sekali untuk membuat laporan tentang perkara itu. Dia menegaskan polis Saudi cuba menahan mereka dan mengancam mahu memecahkan peralatan kamera mereka.
“Pihak berkuasa Saudi cuba menahan kami dan mengancam mahu memecahkan kamera kami. Mereka cuba menyumbat kami masuk ke dalam kereta polis. Pegawal keselamatan pasukan Fenerbahce datang membantu kami. Dan sekarang kami dalam keadaan ok.”
Fox TV Muhabiri Elvan Arat: "Gözaltına almaya ve kameramızı kırmaya çalıştılar. Polis arabasına bindirmeye çalıştılar bizi. Fenerbahçe kafilesinin güvenlik görevlileri geldiler ve yardımcı oldular. Şu anda iyi durumdayız."
— Fener Ajans 🇹🇷 (@ajansfenercom) December 29, 2023
Dengan perlawanan itu rasmi ditangguhkan, kemungkinan besar ia akan diteruskan di Turki sendiri kerana pada bulan November.
Fenerbahce mengemukakan usul pada mesyuarat lembaga untuk perlawanan yang akan diadakan di Stadium Ataturk di Istanbul, atau Stadium Samsun 19 Mayis, yang merupakan markas pasukan Samsunspor.
The Super Cup final in Saudi Arabia has been cancelled
Fenerbahçe and Galatasaray refused to play authorities refused to accept the teams taking to the field with Atatürk t-shirts and the message ‘Peace at home, Peace in the world’
Values over Money!
Atatürk ❤️ pic.twitter.com/6KZXsuUHrM
— Turkish Football (@Turkish_Futbol1) December 29, 2023