Pengacara televisyen terkenal, Piers Morgan, mengkritik meme Lionel Messi mengejek Cristiano Ronaldo pada Piala Dunia 2022.
Messi berjaya membawa Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 selepas mengalahkan Perancis pada final yang diadakan di Stadium Lusail, Qatar.
Kejayaan Messi memenangi trofi berprestij ini jelas mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Sebilangan meme lucu tentang persaingan Messi dan Ronaldo adalah yang paling kerap tersebar di alam maya.
Walau bagaimanapun, terdapat satu meme yang membuat Morgan benar-benar marah.
Wartawan Britain itu mengecam netizen yang menghantar meme Messi meletakkan tangannya ke telinga di hadapan Ronaldo, yang kelihatan terduduk di bangku simpanan.
Gambar itu sebenarnya berasal daripada detik Messi meraikan gol dengan sinis di hadapan Louis Van Gaal.
Ketika itu Messi bengang kerana Van Gaal menurutnya terlalu banyak cakap sebelum perlawanan dan cakap tak serupa bikin apabila mengarahkan Belanda bermain long ball memanjang.
Messi berkata kepada Van Gaal selepas tamat perlawanan: “Kamu mahu orang main ‘bola sepak’ [bermain cantik] tetapi kamu arahkan pasukan kamu melakukan hantaran panjang sepanjang masa.”
Gambar Messi itu kemudian menjadi meme yang disunting dengan Ronaldo berada di bangku simpanan.
Membuatkan Morgan benar benar bengang dengan kebiadapan netizen membuat meme tersebut.
Bukan itu sahaja, Morgan juga digambarkan sebagai jurulatih yang duduk betul-betul di sebelah Ronaldo. Meme itu membuatkan Morgan marah.
Thanks to everyone who sent me this meme. It’s so horribly mean that I may burst into tears and throw all my toys out of the pram. On a positive note, the people mocking me will then be forced to celebrate my vulnerability, emotional fragility & victimhood and I’ll become a hero! pic.twitter.com/9FFbXrB27U
— Piers Morgan (@piersmorgan) December 19, 2022
“Terima kasih kepada semua orang yang menghantar meme ini kepada saya. Bagi saya ini sangat kejam dan boleh membuat saya menangis sehingga membuang semua mainan keluar daripada kereta bayi,” tulis Morgan di Twitter dengan nada sindiran.
“Secara positif, mereka yang mengejek saya kemudiannya akan dipaksa untuk meraikan kelemahan, kerapuhan emosi dan menjadi mangsa. Sementara itu saya akan menjadi hero!”
Piers Morgan sendiri semakin dikenali sebagai penyokong fanatik Ronaldo. Dia malah menganggap Ronaldo sebagai rakan baiknya lebih lebih lagi selepas mereka berdua terlibat dalam temu bual eksklusif penuh kontroversi menjelang Piala Dunia bermula.
Selain itu, Morgan juga sering menghamburkan pujian kepada Ronaldo. Sebaliknya, dia juga sering mencemuh Messi sepanjang Piala Dunia.
Sebelum ini, dia meramalkan kemenangan 3-1 Perancis ke atas Argentina dan berkata Messi akan menangis lagi.
Malah, ramalan Morgan meleset dan Argentina pula yang bergelar juara.