Piers Morgan Perli Ten Hag Ambil ‘Hotdog’ Dan Buang Ronaldo

Penyokong tegar Arsenal, Piers Morgan nampaknya menunggu masa untuk mengecam Erik Ten Hag.

Dia merupakan peminat tegar Cristiano Ronaldo yang juga rakan baiknya.

Selepas kemenangan Arsenal ke atas Manchester United, Piers Morgan sempat menyindir Ten Hag dan mengutuk Weghorst sebagai bunyi seperti hotdog,

Weghorst ditandatangani oleh Erik Ten Hag secara pinjaman dari Burnley.

Pemain antarabangsa Belanda itu diberikan debut dalam aksi antara Arsenal menentang Manchester United di Emirates Stadium.

Pengacara tv terkemuka itu menulis:

“Tahniah Manchester United,” kata Morgan dengan nada perlian.

“Inilah padahnya apabila kamu melantik pengurus yang angkuh dan tidak menghormati GOAT Cristiano Ronaldo yang terpaksa meninggalkan kelab dengan cara teruk.”

“Kemudian menggantikannya dengan seorang yang saya sendiri tak pernah dengar namanya, dah macam bunyi sosej Austria.”

Komen Piers Morgan itu mendapat reaksi daripada kedua dua peminat.

Bagi peminat Arsenal, mereka tidak pasti adakah Piers Morgan benar benar penyokong Arsenal? Kenapa dia macam sedih dengan kekalahan Man United.

Penyokong Manchester United pula menuduh Piers Morgan sebagai penunggang Ronaldo untuk menaikkan engagement hantarannya di media sosial.

Arsenal menang 3-2 ke atas Manchester United dalam aksi klasik EPL.

Man United mendahului menerusi Marcus Rashford. Namun Arsenal membalas dengan 2 gol menerusi Bukayo Saka dan Eddie Nketiah.

Pemain yang pernah menjadi sasaran utama Mikel Arteta, Lisandro Martinez kemudian menyamakan kedudukan sekali lagi.

Tetapi Nketiah menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memberikan kemenangan cukup penting buat Arsenal dalam usaha mereka mahu menjuarai EPL musim ini.