Piers Morgan Selar Emma Raducanu Dukung Agenda Woke Wanita Tak Perlukan Lelaki

Piers Morgan telah menganjing balik pemain tenis sensasi Emma Raducanu dengan menuduh dia sebagai pendukung agenda woke yang tidak relevan. Raducanu dipaparkan dalam iklan pemerkasaan wanita yang baharu oleh HSBC Bank.

Dalam iklan tersebut menunjukkan di mana kisah asal Cinderella, Sleeping Beauty dan Rapunzel dicipta semula untuk melihat mereka sebagai ahli perniagaan wanita yang berjaya yang tidak memerlukan seorang lelaki untuk menyelamatkan mereka.

“Seperti yang Emma katakan, wanita tidak memerlukan lelaki sama sekali” – Piers Morgan menyelar Raducanu secara sinis kerana penampilan dalam iklan itu.

“Jadi pada akhirnya, puteri tidak memerlukan seorang putera raja [lelaki] untuk menyelamatkan mereka. Mereka menubuhkan perniagaan mereka sendiri, menyimpan wang mereka dan membelanjakannya dengan sangat bijak,” kata Raducanu dalam iklan itu.

Ini mendapat kritikan keras daripada Morgan, yang menegaskan bahawa bapa Raducanu dan semua lima jurulatih dalam kerjayanya adalah lelaki. Tambahan pula, hos TV itu secara sinis menyatakan bahawa ejen Raducanu, Max Eisenbud dan seluruh pasukan kepimpinan dalam lembaga pengarah HSBC semuanya lelaki juga.

“Sudah tentu kita semua tahu, cara terbaik untuk meningkatkan aspirasi wanita adalah dengan menyampahkan lelaki,” kata Morgan.

“Seperti yang Emma katakan, wanita tidak memerlukan lelaki sama sekali. Dia pastinya tidak memerlukan lelaki untuk sampai ke tahap sekarang [dalam nada menyindir].. kecuali bapanya, yang menguruskan kerjayanya dan lima jurulatihnya yang semuanya lelaki.”

“Kemudian ada ejennya Max Eisenbud yang sangat, sangat pandai memaksimumkan pendapatannya… walaupun pada hakikatnya dia seorang lelaki. Dan kemudian dalam sentuhan terakhir kisah kebajikan ini yang menandakan pengkhianatan, ternyata pengerusi, ketua eksekutif dan ketua pegawai kewangan dalam lembaga pengarah HSBC semuanya lelaki juga.”