Pingat Emas Ziyad Ditarik Balik Kerana Protes Kem Ukraine

Peminat sukan tanah air hari ini meraikan dan pada masa yang sama meratapi kekecewaan. Ini selepas pingat emas atlet paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru telah ditarik balik.

Ziyad sebelum ini meraikan kejayaan pingat emas dengan lontaran sejau 117.94 meter sekaligus menjadi rekod dunia baru memecahkan rekod dunia miliknya sendiri ketika London 2017 dengan 17.29 meter.

Lebih manis kejayaan itu dilakukan pada hari kemerdekaan Malaysia. Ia juga menjadi emas kedua oleh Malaysia dalam temasya Olimpik Paralimpik kali ini selepas kejayaan Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram.

Malang sekali terdapat protes daripada kem Ukraine yang menganggap penyertaan Ziyad kali ini tidak menepati syarat pertandingan. Dikatakan Ziyad antara salah seorang peserta yang lewat masuk ke call room sebelum pertandingan bermula.

Ituy yang membuatkan jawatankuasa paralimpik terpaksa menangguhkan terlebih dahulu pengumuman rasmi pemenang pingat emas.

Protes dari kem Ukraine tu kita sangat faham kerana peserta mereka berada di tangga kedua. Jika penyertaan Ziyad tidak disahkan maka secara langsung emas milik mereka.

Dan tidak lama selepas itu, media rasmi Tokyo 2020 mengumumkan bahawa perserta Ukraine – Maksym Koval yang sebelum ini menduduki tangga kedua – telah diberikan pingat emas.

Ia jelas keputusan yang sangat menghampakan semua peminat sukan tanah air.

Menurut Astro Arena, pihak pegawai paralimpik Malaysia sudah membuat aduan rasmi tentang perkara tersebut. Sama sama kita nantikan kesudahannya.

Menteri Belia dan Sukan yang baru, Datuk Seri Ahma Faizal Azumu turut mengesahkan bahawa kem Malaysia, Australia dan Ecuador sedang berusaha untuk melakukan protes bersama.

Di media sosial netizen Malaysia meluahkan kekecewaan dan kemarahan kepada penganjur.

Mereka menuntut keadilan untuk Ziyad Zolkefli di atas apa yang berlaku.

Ramai yang mempersoalkan kenapa kem Ukraine tidak menghantar protes sejak dari awal lagi sebelum pertandingan bermula ataupun ketika pertandingan sedang berjalan?

Namun pada masa yang sama kita sama sama menunggu laporan penuh daripada apa yang berlaku. Entah di mana silapnya.