Pioli Anggap Punca Milan Kalah Kerana Pengadil Batalkan Gol Bennacer Sebab Ofsaid

Inter Milan memenangi aksi Derby della Madonnina. Dalam aksi kedua separuh akhir Copa Italia 2021/22 yang berlangsung di Stadium San Siro, Rossoneri terpaksa mengakui kehebatan Inter Milan sekali lagi.

Namun Piolli masih tidak dapat menerima detik penting yang menurutnya menjadi punca kenapa pasukannya kalah.

Bagaimanapun, Pioli mengakui bahawa Inter Milan pasukan lebih baik terutama sekali selepas gol mereka dibatalkan.

Kemudian dia mahu AC Milan fokus mengejar Scudetto. Trofi yang lebih berprestij.

“Apabila anda melepaskan tiga gol bermakna lawan bermain dengan lebih berkualiti dan kami melakukan kesilapan. Kami bukannya tak cukup berusaha atau dari segi intensiti atau peluang, tetapi ia bukan malam kami.”

“Kami mahu mara ke final, tetapi ini adalah peluang yang baik untuk pasukan membuktikan diri mereka dalam memberikan segala-galanya ke dalam perlumbaan Serie A, kerana kami mempunyai segala yang diperlukan untuk mengharungi segala-galanya.”

Gol-gol Inter dijaringkan oleh Lautaro Martinez pada minit ke-4 dan ke-40 dan kemudian ditambah oleh Robin Gosens pada minit ke-82. AC Milan sebenarnya menjaringkan gol kembali menerusi Ismael Bennacer, tetapi gol itu dibatalkan oleh VAR. Dan detik itulah yang mencetuskan kemarahan Pioli.

Itulah detik yang dimaksudkan oleh Piolli sebagai sukar diterima dan menjadi turning point sebenar kekalahan mereka. Jika gol Bennacer itu tidak dibatalkan VAR, beliau yakin AC Milan akan bangkit dan mengatasi Inter Milan. Ini kerana ianya boleh menjadi motivasi terbaik kepada pasukan.

Akibat gol itu dibatalkan, ianya bertukar menjadi tekanan buat AC Milan, menurut pengurus mereka.

“Mereka menjaringkan gol lebih awal, kami berpeluang untuk bangkit, secara semula jadiny, jika kami hanya ketinggalan 2-1, ia akan mencipta permainan berbeza dan memberi kami lebih momentum.”

“Jadi ia [jaringan tidak dibenarkan] adalah saat yang sukar ditelan,” katanya kepada Football Italia.

Inter yang pada masa itu sudah mendahului 2 gol, AC Milan telah menjaringkan gol yang membuka harapan pada minit ke 66.

Bermula dari situasi sepakan sudut, Ismael Bennacer melakukan sepakan tepat dari luar kotak penalti yang berjaya memasuki gawang Inter Milan.

Dan uniknya, penjaga gol Inter, Samir Handanovic kelihatan hanya berdiam.

Tetapi selepas itu, gol Milan terpaksa dibatalkan selepas pengadil memeriksa VAR. Ini kerana, ada gerakan oleh Pierre Kalulu yang berdiri dalam posisi ofsaid dalam kotak penalti Inter sejurus sebelum bola masuk ke gawang.

Kedudukan Kalulu di hadapan semua pemain Inter dan dianggap mengganggu penglihatan Handanovic.

Namun pada pandangan Piolli, pemain itu sama sekali tidak menghalang pandangan penjaga gol Inter tersebut.

“Lihat reaksi Handanovic. Dia tidak merungut pun [untuk melepaskan gol],” kata Pioli selepas menonton ulangan.

“Beritahu saya penjaga gol yang tidak bertindak balas selepas melepaskan gol jika pemain Milan telah mengganggu penglihatannya. Sebaliknya, dia tidak berbuat apa-apa.”

Pioli kemudian menyatakan bahawa pemain pemain Inter Milan sebenarnya bukan membantah tentang gol itu ofsaid tetapi merasakan ada pemain AC Milan yang handball.

“Mereka hanya merungut tentang bola handball yang tidak ada pun. Come on la.”

Wartawan kemudian menunjukkan ulang tayang ofsaid tersebut, Pioli terus meninggalkan wawancara tersebut.

Inilah rakaman VAR melibatkan insiden gol Bennacer yang dibatalkan itu:

Ini adalah pandangan dari belakang gol tersebut/

Inter Milan berpeluang cerah menamatkan musim ini dengan kejuaraan Serie A dan Coppa Italia. Inter Milan merupakan juara bertahan Serie A.

Baca yang lain