Pioli Minta Ampun Kerana Koyak Dan Nafi Mem’baghal’kan Ole Tetapi Tuju Kat Pembantunya

Stefano Pioli tampil dengan permohonan maaf secara terbuka selepas kontroversi mulut lasernya ke atas kem kejurulatihan Man United.

Selepas tamat aksi di antara Milan dan Man United, Pioli dilihat mencarut kepada Ole Gunnar Solskjaer dan tidak berpuas hati dengan pasukan United yang menang. Sedangkan pasukan Milan menurutnya lebih baik.

Ole Gunnar Solskjaer menunggu Pioli selepas tamat perlawanan untuk bersalaman dengan pengurus itu. Dan Pioli mulai mencarut dalam bahasa Itali yang Ole tak mengerti.

Menurut mereka yang tahu bahasa Itali, Pioli dilihat berkata: “Pasukan yang bagus persetubuhan [f***] engkau la, kau keldai. [Pasukan kau sekadar] a**hole, tak lebih dari itu. Good team, adik [perempuan] kau la.”

Kejadian itu membuatkan netizen berkongsi video di internet. Pioli berkata kepada wartawan dia kecewa tersingkir di tangan United kerana AC Milan adalah pasukan lebih baik dari segi taktikal dan permainan dalam 2 perlawanan ini.

Milan bermain tanpa penyerang utama yang bagus. Leao dan Rebic cedera. Ibrahimovic pula baru cergas daripada kecederaan panjang. Castillejo dijadikan false 9. Dan ternyata gagal membuahkan hasil.

Milan dan United bermain sengit seperti perlawanan pertama. Namun Pogba masuk dan menjaringkan gol pada separuh masa kedua, sekaligus menyelesaikan urusan di antara kedua dua pasukan.

Skuad Ole mara selepas agregat 1-1 perlawanan pertama dan menang 1-0 di San Siro. Pioli berkata kepada Sky Italia: “Ini penyingkiran yang kami sangat kesalkan. Dua perlawanan, kami bermain seperti pasukan yang hebat. Kami harus menjaringkan gol separuh masa pertama. Corak permainan kita berubah.”

“Malangnya, selepas melakukan banyak sekali untuk sampai ke sini, saya rasa pasukan ini berhak mendapatkan sesuatu, tetapi kita tak berjaya.”

Pioli minta ampun

Pioli kemudian menyatakan dia sangat kesal dengan mulut celuparnya. Pioli berkata: “Saya minta maaf di atas reaksi yang saya berikan. Saya janji ianya tak akan berlaku lagi di masa akan datang.”

“Saya memberikan pujian kepada Solskjaer, namun saya marah dengan pembantunya.”

Pioli sebelum ini menyatakan bahawa Man United pasukan yang kuat.

“Mereka adalah pasukan yang sangat kuat, tahun lalu mereka mara ke separuh akhir, mereka juga berjaya mengalahkan City. Dua gol yang mereka raih lebih kerana kesilapan kami berbanding kualiti mereka dan kami harus menjaringkan gol malam ini untuk apa yang kami lakukan.”

“Saya tidak boleh menyalahkan pemain, saya sangat kesal kami terkeluar, kami harus pulih dengan segera, kami kan terus bermain dalam liga dan kami ingin melakukannya dengan baik dengan segera.”

Tentang persaingan ke UCL musim hadapan: “Tidak ada kegelisahan, sukar itu ya. Tujuh pasukan teratas sangat kuat, berada di sana untuk memperjuangkannya sesuatu yang sangat bermakna. Kami berpeluang memanfaatkan seminggu ini dan bermain sebelas perlawanan dengan semangat yang tinggi. Itu bukan tujuan yang mudah dicapai, tetapi kita mempunyai kualiti untuk melakukannya. ”

Pada babak pertama di Manchester: “Kami menyesali gol Kessie yang tidak dibenarkan yang sepertinya pengadil tidak mempunyai alasan, tetapi bahkan hari ini kami tidak mengambil risiko apa-apa dan kami mempunyai 2 atau 3 peluang penting, tetapi agak memalukan, kami gagal gunakannya.”

“Malangnya kami tidak berjaya. Satu lagi gol dari mereka. Ini perlawanan timbal balik, pasukan ini sekurang-kurangnya berhak bermain masa tambahan untuk apa yang mereka tunjukkan. ”

Mengenai jurang antara bola sepak Itali dan Eropah: “Di satu pihak saya agak gentar dengan undian ini, di sisi lain saya gembira kerana kami akan menghadapi pasukan yang telah menghabiskan banyak wang selama bertahun-tahun.”

“Melihat persembahan ini, saya mengatakan bahawa bola sepak Itali semakin dekat dengan mereka, dalam dua perlawanan, pasukan kami tidak berada dalam keadaan terbaik, tetapi kami telah menunjukkan bahawa bola sepak Itali dapat bertahan. Kita mesti terus melabur dan bermain bola sepak secara intensif. “

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.