[VIDEO] Pique Griezmann Saling Memaki Dan Mencarut Kerana Bola Gelembung Buaya

Detik yang penuh tekanan di Nou Camp. Di mana Barcelona hanya mampu melihat aksi pertunjukkan Mbappe di halaman mereka.

Barcelona tunduk 1-4 selepas mendahului menerusi penalti Lionel Messi. Hatrik Mbappe dan gol dari Moise Keane memastikan PSG membawa 4 gol dari tempat lawan dengan kelebihan agregat 3 gol.

Aksi tersebut juga diwarnai dengan detik di mana Gerard Pique dan Griezmann saling maki memaki, carut bercarutan antara mereka.

Insiden berlaku pada minit ke-39 pada separuh masa pertama. Di mana laki Shakira itu bengang dengan Griezmann yang beberapa kali menghantar bola tinggi yang peminat kita di Malaysia panggil gelembung buaya.

Barcelona bukannya pasukan yang pakar bermain bola tinggi. Kesannya mereka hilang bola dan kemudian diserang balas pasukan lawan.

Griezmann mungkin merasakan dia masih beraksi dengan Atletico Madrid.

Aksi carutan itu jelas kedengaran kerana stadium kosong.

Pique berkata:

“Satu lagi bola lambung Griezzy, persetubuhan kamu. Bangangna.” (tak boleh tulis carut sebab google detect)

Griezmann: “Rileks la, tak payah la nak jerit jerit, alat sulit ibu kamu.”

Pique: “Tak tak, alat sulit ibu kamulah, kita ni barai dan berlari macam orang gila.”

Barcelona bergelut untuk mengejar pemain pemain PSG ketika serangan balas kerana kelajuan mereka. Pique baru kembali daripada kecederaan. Dan beliau masih tercari cari rentak.

Namun perbalahan seperti ini sudah biasa dalam bola sepak. Orang kata, rakan sepasukan yang bagus, kalau tak ok, cakap tak ok. Sebab tak semua perkara kita boleh kata, eh tak apa.

Griezmann kemudian membuat mengajak para peminat Barcelona menikmati aksi luar biasa rakan senegaranya, Kylian Mbappe.

“Kita semua harus menikmati  aksi Kylian Mbappe kerana PSG memiliki pemain setaraf Leo Messi dan Ronaldo.”

Griezmann juga gembira dengan persembahan Mbappe kerana pemain itu menerima kritikan daripada beberapa pihak sebelum ini.

Baca yang lain