Pique Hentam Pengadil Yang Layangkan Kad Merah Kepada Bellingham

Bekas bintang Barcelona, Gerard Pique telah menyatakan pendapatnya mengenai kad merah Jude Bellingham berikutan gol kemenangan Real Madrid yang tidak dibenarkan ketika menentang Valencia pada hari Sabtu.

Vinicius Jr menjaringkan dua gol ketika menentang Valencia ketika Real bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyelamatkan satu mata di Mestalla dan mendahului tujuh mata di puncak La Liga.

Bagaimanapun, Bellingham menyangka dia telah memenangkan perlawanan itu pada minit keenam masa kecederaan apabila dia menanduk masuk dari jarak dekat. Namun kecewa kerana pengadil Gil Manzano meniup wisel untuk menamatkan permainan apabila hantaran lintang itu dilakukan.

Pemain dan kakitangan Real Madrid marah dan mengepung Manzano pada sepenuh masa. Bellingham, yang kembali dalam pasukan selepas tiga minggu berehat kerana kecederaan, telah dilayangkan kad merah kerana protes.

Menurut laporan, pengadil menuduh Bellingham menggunakan kata kata kesat ke atasnya. Bellingham hanya berkata: “It’s fxxxking goal”.

Dan terus dilayangkan kad merah.

Insiden itu telah menjadi pusat perdebatan di Sepanyol, dengan Pique, seorang legenda Barcelona, menyatakan kekecewaan terhadap Manzano.

Jarang sekali Pique tidak mengambil kesempatan untuk troll Real Madrid. Namun kali ini dia menyokong Real Madrid membuat protes dan melabel pengadil tersebut memang agak tak betul sejak dulu lagi.

Semasa aliran Twitch dengan Ibai Llanos, Pique berkata melalui Marca: “Kita semua sudah tahu tahap pengadil ini.

“Dia membuang saya keluar di El Sadar, dan saya tidak berkata apa-apa, tetapi selain daripada yang ini, yang sebenarnya tidak penting pun bagi saya… Tetapi dia mempunyai sejarah yang saya tidak faham, kerana dia adalah pengadil antarabangsa , dia sepatutnya berada di peringkat teratas.”

Pique merujuk kepada detik ketika dia dibuang padang pada separuh masa pertama perlawanan terakhirnya di Barcelona apabila membantah tindakan pengadil membuang rakan sepasukan Robert Lewandowski.

“Semalam bukan kali pertama dia melakukannya,” tambah Pique. “Saya faham bahawa Madrid ada hak membantah, dia sepatutnya meniup lebih awal jika dia mahu, tapi ini wisel yang salah, ia adalah wisel lewat. Meniup wisel apabila anda melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti adalah tidak masuk akal.”

Sementara itu, bos Real, Carlo Ancelotti berkata selepas perlawanan: “Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini.

“Selepas lantunan, kami menguasai bola. Ia tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini dan tiada apa-apa lagi yang perlu ditambah. Kami marah dengan kad merah Bellingham kerana dia tidak berkata apa-apa yang menghina. Ia adalah kekecewaan.

“Seandainya pengadil meniup wisel ketika penjaga Valencia mengeluarkan bola, ia adalah betul, tetapi dia membenarkan permainan diteruskan dan kami menguasai bola. Saya rasa dia telah melakukan kesilapan.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan