Pique Kutuk Bartomeu Dan Puji Florentino Perez

Gerard Pique telah tampil mengkritik tanpa belas, bekas presiden kelab, Josep Maria Bartomeu. Di mana Pique menganggap Bartomeu tidak bertanggungjawab.

Pique berkata, salah satu perkara yang mengganggunya ialah Bartomeu telah meninggalkan kerosakannya, malah melarikan diri dari semua masalah di Barcelona.

Pique meluahkan perkara itu menerusi wawancara di YoutTube Ibai Llanos. Pemain senior Barcelona itu berkata:

“Ini adalah situasi yang sukar. Seorang presiden mesti berusaha mengurus kelab apabila timbul masalah. Anda harus berada di sana untuk menyelesaikannya dan membuat keputusan walaupun orang tidak menyukainya.”

“Apabila kamu melarikan diri, kamu tidak muncul dan masalah akan semakin bertambah.”

“Ada kalanya ia memerlukan sedikit kepimpinan yang keluar. Lebih dari sekali saya menyuruhnya pergi ke bilik persalinan dan dia tidak muncul.”

Pique turut membandingkan Bartomeu dengan Presiden Real Madrid, walaupun Pique tidak menyukai kelab seteru tersebut.

Namun dari segi kepimpinan, Florentino Perez lebih baik daripada Bartomeu.

“Florentino Perez (presiden Real Madrid) menunjukkan pengurusan yang baik. Ini menunjukkan bahawa presiden mesti menjadi pemimpin dan bertanggungjawab. Anda mungkin suka keputusannya atau tidak, tetapi dia adalah orang yang mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin.”

Josep Maria Bartomeu secara rasmi melepaskan jawatannya sebagai presiden Barcelona, Oktober tahun lalu. Bukan hanya Bartomeu sahaja yang pergi, malah seluruh lembaga pengarah juga meninggalkan Barca.

Bartomeu ketika itu mendapat tekanan yang sangat tinggi daripada penyokong Barcelona. Bartomeu meletakkan jawatan lebih awal daripada hasil pungutan suara lebih 20,000 tandatangan yang mahukan dia berundur.

Baca yang lain