Pique & Shakira Berpisah: ” Hormati Privasi Kami”

Gerard Pique dan pasangannya Shakira secara rasminya berpisah. Sebelum ini Pasangan tersebut dikatakan ttinggal berasingan selepas Pique dihalau dari rumah oleh Shakira ketika di Colombia.

Kedua dua pasangan itu mengeluarkan kenyataan bersama berbunyi: ” Kami dengan kesal mengesahkan bahawa kami sudah berpisah.”

“Kebajikan anak kami adalah perkara paling mustahak dan keutamaan.”

” Kami meminta agar privasi kami dihormati.Terima kasih kerana memahami.”

Sebelum ini, media Sepanyol mendakwa Pique dan Shakira tinggal berasingan selama beberapa minggu kerana selepas dia dihalau oleh Shakira daripada rumah keluarga mereka di Colombia.

Shakira telah menangkap sendiri kecurangan Pique. Oleh sebab itu dia tidak dapat memaafkan teman lelakinya itu.

Pique dan Shakira mula mulai bercinta selepas pertemuan mereka semasa Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Ketika itu kedua dua mereka terlibat dalam rakaman untuk promosi Piala Dunia.

Pique ketika itu masih muda dan dia dengan beraninya memulakan aktiviti mengorat superstar senarai A Hollywood.

Mereka sudah bersama sekian lama dan memiliki anak walaupun mereka tidak pernah berkahwin. Oleh sebab itu mereka tidak boleh dikira bercerai.

Berberapa minggu lalu Gary Neville menerusi temuramahya bersama dengan Pique di mana Neville bertanya:

” Kenapa awak berdua (Pique dan Shakira) tak pernah berkahwin.”

Pique menjawab: ” Tak , tak! Saya tak akan berkahwin.”

” Ini mentaliti dia [ Shakira].”

“Saya bahagia dengan keadaan kami sekarang. Kami tak perlu berkahwin pun . lanya baik baik sahaja.”

Neville seterusnya berseIoroh berkata : “Maksudnya kau kena tolak la ni?”

Dengan pantas Pique menjawab: “Eh mana ada. Tu rahsia, saya tak boleh bagitau.”

Shakira pula tak pernah memberikan pandangan tentang kenapa mereka tak nak berkahwin. Dia sentiasa mengingatkan wartawan bahawa dia tidak akan melayan soalan seperti itu.

Apa yang pasti Shakira menganggap Pique soorang pejuang sejati seperti mana karakternya di atas padang.

Shakira turut menganggap Gerard Pique sebagai bek tengah terbaik di dunia.

Shakira sanggup meninggalkan Hollywood dan berpindah ke Barcelona untuk membina keluarga dengan bek tengah asal Sepanyol itu. Mereka juga mempunyai dua  orang anak bernama Milan dan Sasha.

Banyak laporan dalam tabloid Sepanyol mendakwa bahawa Shakira menangkap sendiri Pique menipunya. Menurut laporan dari Marca, Shakira dan Pique tidak pernah dilihat menjemput anak-anak bersama-sama dari sekolah sejak sekian lama.

Beberapa laporan mendakwa Shakira membawa anak-anak ke Ibiza untuk percutian keluarga pada Mei, tetapi pertahanan Barcelona itu tidak ada bersama dengan mereka. Kebiasaannya Pique dan Shakira akan meluangkan masa bersama sama dengan anak mereka selepas tamat musim.

Di atas padang, pemain pertahanan berusia 35 tahun itu tidak dapat beraksi dalam perlawanan terakhir Barcelona musim La Liga menentang Villareal kerana kecederaan. Secara keseluruhannya, musim ini musim yang sukar buat Barca.

Selain daripada impak ekonomi Barca turut gagal memenangi trofi. Mereka juga kehilangan Lionel Messi kerana FFP.

Berita lebih menggemparkan apabila Barcelona dilaporkan berhutang tunggakan gaji EUR50 juta dengan Gerard Pique.

Pique sebelum ini turut menerima kecaman peminat kerana dikhabarkan dia menjadi salah seorang pemain yang menolak pemotongan gaji. Sedangkan Lionel Messi ketika itu sanggup berkorban 50% gajinya.

Malah baru baru ini saudara Messi menuduh Pique menjadi punca Messi ditendang keluar dari Barca.

Pique pernah menafikan dia menolak dipotong gaji. Dan sudah tentunya dia enggan dikaitkan dengan punca Messi terpaksa dilepaskan.

Pique kini menjadi pemain yang sangat senior di FC Barcelona.