‘Pirlo Seterusnya’ Ini Lantang Suarakan Pemain Muda Di Itali Tidak Dapat Peluang Sebaiknya

Pemain muda Juventus, Nicolo Fagioli telah menyemarakkan lagi isu pemain muda Itali yang kurang mendapat peluang di kelab liga utama di negara tersebut.

Realiti yang kebetulan dia sedang mengalaminya ketika ini. Ianya mulai menjadi perdebatan di media sosial dan juga di dalam sesi bual bicara bola sepak di tv.

Isu pemain muda jarang diberi peluang timbul selepas Itali diketepikan dalam aksi Piala Dunia 2022. Mereka tewas 0-1 pada separuh akhir play-off menentang Macedonia Utara.

Menurut Fagioli kekurangan peluang pemain muda menonjolkan diri di Serie A membuatkan pengurus pasukan kebangsaan kekurangan pilihan untuk memilih mereka.

Mancini mengekalkan ramai pemain yang sama untuk kempen kelayakan Piala Dunia kali. Kelompok yang membantu Itali menjadi juara Euro yang lalu.

Kekurangan pilihan bakat muda yang luar biasa itu memang sudah menjadi isu yang lama di Itali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Puncanya ialah kehadiran pemain asing yang menyukarkan pemain akademi untuk mendapatkan peluang mereka di dalam liga utama / Serie A.

Di mana banyak kelab terutama sekali kelab besar lebih cenderung membeli pemain asing ataupun membeli pemain bintang termasuk pemain veteran untuk mengisi slot pasukan mereka.

Nicolo Fagioli sedang mengalaminya di Juventus. Walaupun pernah dianggap sebagai pengganti Andrea Pirlo – namun selepas tercicir daripada akademi, dia bergelut untuk mendapatkan lebih banyak peluang bermain berbanding dengan bersama Massimiliano Allegri musim ini.

Fagioli pada mulanya diletakkan dalam skuad bawah 23 tahun yang masih bergelut di Serie C. Kemudian, dia dipindahkan ke Cremonese untuk mendapat peluang bermain secara tetap di Serie B. Dan setakat ini, dia kembali mengalami kekurangan minit perlawanan di Serie A sekali.

Dia juga berkongsi pengalamannya sebagai pemain muda yang berpotensi di Itali.

“Saya lihat di Sepanyol, mungkin tidak ramai di England, tetapi Jerman dan Perancis juga, terdapat ramai pemain muda yang boleh bermain berbanding Itali.”

Fagioli merasakan tuntutan terhadap pemain muda terlalu besar. Mereka akan terus dianggap pemain yang tidak bagus kerana melakukan kesilapan dalam satu atau dua perlawanan. Dan apabila itu berlaku, mereka dihantar ke kelab lain secara pinjaman.

Seterusnya, para peminat bola sepak di Itali turut memiliki sikap yang serupa. Terus menghentam pemain pemain muda yang melakukan beberapa kesilapan. Yang boleh menjatuhkan reputasi dan motivasi seseorang pemain.

“Pemain muda mungkin ada peluang, melakukan kesilapan dalam satu atau dua perlawanan, dia akan dikritik dengan teruk,” kata Fagioli kepada Football Italia.

Fagioli sangat berharap pemain pemain muda ini dapat menikmati fasiliti dan latihan terbaik di kelab elit Itali yang akan membantu mereka membangunkan diri sebaiknya. Namun peluang yang terhad dengan pasukan pasukan besar ini malah di kelab Serie A yang lain membuatkan pemain pemain muda ini terpaksa mencari peluang di kelab divisyen lebih rendah.

“Orang ramai mengatakan dia masih belum cukup bersedia dan kemudian dia disisihkan dan ‘dibuang’ ke tempat lain untuk mencari pengalaman di peringkat yang lebih rendah, jadi sukar bagi jurulatih untuk memilih seseorang secara konsisten.”

“Kami dapat merasakan dan melihat apa yang berlaku, bahawa kelab Itali cenderung untuk tidak meletakkan kepercayaan mereka kepada pemain muda. Kami berharap kelab kelab ini boleh berubah dari semasa ke semasa,” ulas beliau.

Jadi realiti ini seakan akan mirip dengan negara kita bukan? Cuma kita tak pernah ke Piala Dunia,

Baca yang lain