Pirlo: Takkan Nak Swing Pelempang Baru Nak Bangkit

Juventus sekali lagi gagal meraih mata penuh dalam perlawanan Serie A. Di mana pasukan bimbingan Andrea Pirlo seri 1-1 menentang Verona.

Juventus malah ketinggalan satu gol melalui aksi pemain Verona, Andrea Favili.

Mujur Bianconeri berjaya menyamakan kedudukan hasil gol Dejan Kulusevski.

Keputusan seri ini membuatkan Pirlo kecewa dengan sikap pasukannya ketika ini. Di mana mereka tidak menunjukkan aksi sebenar pasukan besar seperti Juventus.

Dan Pirlo mahu pemainnya bangkit segera, jangan sampai tangannya singgah dekat pipi mereka.

“Pada babak pertama kami tidak cukup agresif, kami menunggu mereka, dan kami tidak mencipta peluang terbaik,” kata Pirlo.

“Kami memberikan respon yang baik setelah mereka mendahului. Tetapi kami tidak perlu menunggu sampai harus ditampar untuk bangun dan bermain dengan intensif,” katanya.

Juventus  hanya menang dua kali dalam 5 perlawanan  aksi Serie A mereka setakat ini.

Ketiadaan Cristiano Ronaldo nampaknya memberikan impak kepada prestasi mereka.

Juventus dalam misi mempertahankan kejuaran Serie A mereka sekali lagi. Musim ini Juventus dibimbing pengurus rookie, yang merupakan legenda kelab mereka.

Pirlo pastinya sedar tekanan beliau milik selaku pengurus Juventus.

Selain daripada Serie A, Juventus turut mengidam UCL. Kegagalan pada UCL adalah alasan utama kenapa Maurizio Sarri kehilangan jawatannya sebelum ini.

Baca yang lain