Seorang petani di China telah diberikan kehidupan yang lebih baik oleh doktor. Ini selepas mereka berjaya mengeluarkan pisau yang berada di dalam kepalanya.
Pisau tersebut melekat di dalam kepalanya selama 26 tahun. Dalam kejadian yang berlaku pada pertengahan 90-an itu, Duorijie diserang dan ditusuk dengan pisau sepanjang 4 inci ke dalam kepalanya.
Sejak dari hari itu, dia cuba mengeluarkan pisau itu dari kepalanya, namun gagal. Ini kerana prosedur pembedahan sangat berisiko.
Tetapi kini, dengan kepakaran sekumpulan doktor Shandong Qianfoshan Hospital akhirnya berjaya mengeluarkan pisau itu.
Pakar yang melakukan pembedahan itu menganggap kes itu sebagai keajaiban.
Pisau dalam kepala
Petani tersebut berusia 76 tahun dan tinggal di pedalaman Haiyan di Wilayah Qinghai.
Beliau terpaksa menunggu sehingga 2 April dan 8 April 2020 untuk memastikan pisau itu dapat dikeluarkan dari kepalanya.
Chief neurosurgeon – Dr Liu Guangcun – menyatakan, mereka perlu membantu mengeluarkan pisau daripada warga emas itu.
Dr Liu berkata, kesakitan hanya akan dirasa sekali, namun keselesaan akan dirasa selamanya selepas ini.
Dr Liu mulai mendapat tahu kes itu pada Mac 2020. Ini apabila ada laporan daripada sebuah hospital menyatakan bahawa ada seorang warga emas menderita nak keluarkan pisau dari kepalanya.
Dr Liu pergi ke kawasan yang jauhnya 3,000 kilometer untuk bertemu dengan Duorijie.
Dr Liu kecewa kerana di tempat Duorijie tinggal, tiada kepakaran untuk melakukan pembedahan itu.
Doktor yang ada di hospital kerajaan di situ tidak berani melakukan pembedahan itu. Nak dibawa ke klinik pakar, harganya terlalu tinggi dan dia perlu ke luar ke bandar lain yang jauh – untuk melakukan pembedahan.
Dr Liu menyatakan pisau itu sangat memudaratkan selama ini, apatah lagi kalau terus dibiarkan.
Duorijie pernah mengalami gejala kronik sejak 2012 kerana pisau tersebut termasuk, sakit kepala yang teruk, hilang penglihatan sebelah mata kana. Seterusnya tangan dan kaki kirinya separuh lumpuh.
Doktor Zhang Shuxiang, merupakan salah seorang doktor yang mendapat tahu kes itu. Beliau mengetahui kes itu ketika jelajah perubatan di wilayah pedalaman.
Menurut Dr Zhang, selama ini Duorijie hanya diberikan rawatan konservatif iaitu diberikan painkiller dan ubatan lain.
Namun gejala pada badannya semakin teruk dan berkembang. Oleh sebab itu beliau memutuskan untuk membawa Duorijie ke Shandong untuk rawatan.
Berdasarkan imbasah CT dan X-rays menunjukkan bilah pisau berada di dalam tengkorak pesakit berdekatan dengan soket mata dan menekan saraf optik.
Selain itu, pisau itu juga mengganggu sistem pendengaran hidung dan mulut.
Ketika pembedahan selama 2 jam, doktor berjaya mengeluarkan bilah pisau sepanjang 4 inci / 10sm.
Dan pada 8 April Duorijie menjalani satu lagi pembedahan untuk membersihkan luka.
Terima kasih doktor
Pembedahan itu berjaya, Duorijie akhirnya semakin sembuh, dan boleh berjalan. Sakit kepalanya holang dan kembali dapat melihat dengn mata kanannya.
Sekarang ini, Duorijie boleh membua mulutnya dengan selesa.
Duorijie menceritakan pengalamannya selama 26 tahun menderita kerana pisau itu: “Saya tak boleh ketawa, menguap ataupun batuk.”
“Terima kasih kepada doktor yang memberikan saya peluang kedua untuk hidup dan mengakhiri penderitaan lebih 20 tahun ini.”