PKP Dilanjutkan Sehingga 28 April, Ini Perkara Penting Digariskan PM

PUTRAJAYA, 10 April — Kerajaan Malaysia memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan bagi tempoh dua minggu lagi iaitu 15 hingga 28 April, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangi wabak COVID-19, selain mengelak penularan semula virus itu

“Tindakan ini selaras dengan pandangan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) yang menyarankan negara-negara tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal dan sepertimana berlaku di beberapa negara yang penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen, hari ini.

Pelaksanaan PKP berkuat kuasa pada 18 hingga 31 Mac lalu bertujuan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini, sebelum ia dilanjutkan pada fasa kedua bermula 1 hingga 14 April.

Selain itu Muhyiddin Yassin juga menambah:

“Beberapa sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat semasa PKP dari 15 April – 28 April, 2020 dan kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.”

“Beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara peringkat dengan kawalan keselamatan dan pergerakan ketat.”

“Saya bertanggungjawab jaga nyawa setiap rakyat.”

“Agensi penguatkuasa diarah perketat kawalan di kawasan sempadan, pintu masuk negara untuk elak penyeludupan warga asing.”

“Saya telah arah Ketua Polis Negara, Panglima ATM, APMM supaya perkatat lagi kawalan sempadan negara.”

— BERNAMA

Baca yang lain