PKP Fasa 4 Boleh Keluar Berdua

Terdapat kelonggaran diberikan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada fasa yang keempat.

Dua ahli keluarga dibenarkan membeli barang keperluan ataupun untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan pada Perintah Kawalan Pergerakan pada fasa keempat.

Ianya adalah berlandaskan kemaskini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat.

Pewartaan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (No.4) 2020 berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Peraturan baru yang diwartakan itu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Adham Baba.

Di bawah “syarat pergerakan”, pewartaan baru itu menyatakan bahawa seseorang boleh ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama, untuk membeli barang keperluan.

Seseorang juga dibenarkan untuk ditemani oleh orang lain “yang dianggap wajar” untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau perubatan.

Had 10km radius untuk membeli makanan dan barang keperluan masih terpakai dan dikekalkan.

Warta itu juga menyatakan bahawa perjalanan jauh dari tempat tinggal seseorang adalah dibenarkan jika makanan, ubat, makanan tambahan, perkhidmatan perubatan atau barang dan keperluan lain tidak tersedia di kawasan berdekatan.

Sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut akan dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Tapi ingat! Keluar dengan ahli keluarga sahaja tau. Bukan sebab awek ataupun balak mahupun skandal korang.

Malaysia sudah mengharungi PKP sejak 18 Mac yang lalu.

PKP fasa 3 sepatutnya berakhir pada semalam. Namun ianya terpaksa dilanjutkan ke tarikh 12 Mei.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.