PL Nak Tayangkan Liga Perdana Inggeris Dalam Bentuk Ala Netflix Selepas Ini

EPL kini sedang dalam fasa perancangan untuk untuk mewujudkan satu perkhidmatan streaming seperti Netflix. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Richard Masters.

Richard Masters mendedahkan bahawa perkhidmatan ‘Over The Top’ (OTT) yang baru yang akan menggantikan saluran TV tradisional.

Dan usaha itu boleh direalisasikan seawal tahun 2022 di beberapa buah negara di luar UK.

Beliau berkata: “Semasa proses [pembidaan hak] terakhir [untuk musim 2019-22], kami telah menghabiskan banyak masa dan melabur dalam banyak sumber  untuk membentuk kepakaran dan keupayaan kami dalam membekalkan perkhidmatan ‘terus kepada pengguna’.”

“Kami sedang mempertimbangkan secara stragetik, sama ada, adakah ia masa yang sesuai untuk menguji beberapa pasaran.”

“Dan kemudian, barulah kami memutuskan sama ada ya atau tidak.”

“Kami sudah pun bersedia sebelum ini, dan kami akan bersedia pada masa akan datang sekiranya peluang itu muncul.”

Perkhidmatan streaming seperti DAZN telah mendapat sambutan luar biasa  di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Jerman. Dan ia dapat menayangkan pelbagai acara sukan.

Perkhidmatan streaming gaya Netflix, yang digelar ‘PremFlix’, pastinya akan mengubah pengalaman tontonan para peminat EPL ketika menonton bola sepak di UK.

Peminat kini perlu melanggan Sky Sports, BT Sport dan Amazon Prime untuk mengakses setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Kos ketiga-tiganya biasanya menelan kos kira-kira £912 setahun, ataupun purata £76 sebulan.

Liputan menerusi Amazon telah  menerima pujian kerana ciri-ciri baru yang diperkenalkan serta liputan lebih mendalam setiap permainan.

Namun Masters mengakui semua ini ada risikonya tersendiri. Ini kerana mereka tidak ada jaminan berapa jumlah kutipan tahunan yang akan mereka dapat.

Pengguna hanya akan membayar benda yang mereka nak tengok. Berbanding sebelum ini, nilai tajaan itu sudah dibayar secara tetap.

Beliau menambah: “Liga Perdana Inggeris telah menempa banyak kejayaan kerana berjaya mendapatkan perkongsian dengan penyiar yang mantap dan mempunyai sumber kewangan yang selamat sebagai model untamanya.”

“Ianya berbeza dengan pendapatan daripada pengguna langsung, yang merupakan strategi yang sama sekali berbeza.”

Kutipan pendatapan tertinggi oleh Liga Perdana Inggeris ketika ini adalah  £3.1 bilion setahun daripada hak penyiaran. Dan £1.4 bilion daripa angka itu adalah daripada pembeli hak penyiaran di luar negara.

Oleh itu, buat masa ini, UK mungkin tidak akan dapat perkhidmatan seperti dicadangkan itu,  kerana populariti Sky dan BT.

Namun Masters tetap optimis, akan ada tempat untuk alternatif lain dalam servis langganan EPL.

“Saya tidak kata ia akan berlaku dalam kitaran yang seterusnya, ataupun, apabila ia berlaku, Liga Perdana akhirnya akan beralih kepada variasi jenis penyiaran.”

“Agak mustahil untuk meramalkan bila ia akan berlaku.”

Apa pandangan korang? Nak melanggan astro ataupun style netflix selepas ini?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di