Australia sebelum ini gagal untuk mendapatkan slot automatik ke Qatar 2022. Namun mereka kini mencerahkan peluang untuk beraksi dalam Piala Dunia 2022 menerusi slot aksi play off antara benua.
Ianya selepas Socceroos mengalahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE), 2-1, di Doha, dalam aksi play off terakhir zon Asia untuk mereka.
Kemenangan Australia tercipta secara dramatik menerusi jaringan Ajdin Hrustic pada minit ke-84. Gol itu mengekalkan impian Socceroos untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2022.
Australia kini berdepan dengan wakil CONMEBOL, Peru, di Qatar pada 13 Jun 2022.
Kemenangan Socceroos terhasil apabila sepakan voli Hrustic menewaskan Khaled Issa ketika berbaki lima minit di Stadium Ahmad bin Ali Al Rayyan.
Kemenangan itu mengekalkan harapan Australia untuk layak ke final Piala Dunia kelima berturut-turut.
Ajdin Hrustic’s 84th-minute strike put Australia a win away from the World Cup.
They’ll face Peru on Monday with a trip to Qatar on the line 🍿 pic.twitter.com/oqdA9pIKW3
— B/R Football (@brfootball) June 7, 2022
Perlawanan antara Australia dan UAE berlangsung dengan sengit sekali.
Australia di hadapan menerusi pemain FC St Pauli iaitu Jack Irvine yang meletakkan pasukan bimbingan Graham Arnold di depan dengan rembatan jarak dekat pada minit ke-53.
Namun begitu, Caio Canedo menyamakan kedudukan empat minit kemudian dengan penyudah dari jarak dekat menewaskan Mathew Ryan. Ianya turut berpunca daripada kegagalan pemain Australia mengekang hantaran lintang UAE.
Australia kemudian meningkatkan tekanan sepanjang separuh masa kedua dan ia akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan voli Hrustic dari sepakan sudut Aaron Mooy yang gagal dikelurkan dengan kemas oleh pemain pemain UEA.
Graham Arnold tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas membawa pasukannya mara ke pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2022 di zon Asia. Menurutnya, kejayaan ini wajar diberi penghargaan kerana tahap saingan di zon Asia yang begitu sengit daripada sangkaan ramai pihak terutama sekali media dan penyokong Australia.
Bagaimanapun, Arnold memberi amaran bahawa pasukannya masih belum menarik nafas lega sepenuhnya. Dia menganggap lawan yang bakal dihadapi pasukannya dalam play-off nanti, Peru, adalah calon paling kuat untuk layak.
30 teams have qualified. Only two spots remain in the 2022 FIFA World Cup. ⚔️
— Australia vs. Peru 🔥
— Costa Rica vs. New Zealand 👀 pic.twitter.com/ZnPf2YcF4r— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) June 7, 2022
“Kami bermain dengan baik menentang UAE, dan itu sudah tentu mendorong kami untuk melakukan lebih baik lagi,” katanya lagi.