Play Off Piala Dunia Zon Eropah: FIFA Setuju Hapuskan Kesemua Kad Kuning Di Peringkat Kumpulan

FIFA telah menguatkuasakan Pengampunan untuk kad kuning dalam kelayakan Piala Dunia untuk zon Eropah. Ini secara tak langsung telah mengurangkan risiko penggantungan untuk berpuluh-puluh pemain daripada gagal beraksi di final play off Piala Dunia jika mereka sampai ke peringkat tersebut.

UEFA telah meminta FIFA untuk membantu menghapuskan rekod disiplin pemain daripada 12 pasukan Eropah yang terlibat dalam play off dengan rekod satu kad kuning yang dikutip dalam kelayakan peringkat kumpulan.

Keputusan itu berpotensi membantu sekitar 100 pemain yang boleh dipilih dalam 12 skuad yang terlibat dalam play off.

Itali antara negara yang paling lega. Kerana 10 pemain mereka yang mendapat kad kuning iaitu Nicolo Barella, Federico Bernardeschi, Giorgio Chiellini, Federico Chiesa, Gianluigi Donnarumma, Lorenzo Insigne, Lorenzo Pellegrini, Matteo Pessina, Rafael Toloi dan Sandro Tonali tidak akan digantung dalam aksi final dalam kurungan mereka sekiranya mara ke final.

Turki adalah negara yang paling banyak mengutip 1 kad kuning setakat ini dengan 13 pemain mereka terlibat. Jadi ianya akan dibersihkan serta merta pada pusingan play off.

Namun begitu, pengampunan itu tidak akan melibatkan pemain seperti Zlatan Ibrahimović yang sudah pun digantung ke separuh akhir playoff kerana mendapat dua kad kuning di peringkat kumpulan. Pemain yang ada dua kad kuning atau kad merah akan tetap menjalani hukuman mereka.

Ibrahimović tidak dapat bermain apabila Sweden ketika menjadi tuan rumah kepada Republik Czech pada 24 Mac. Dia hanya boleh bermain jika Sweden mara untuk bermain di Rusia atau Poland pada perlawanan akhir kurungan mereka.

Dalam kurungan lain, juara Eropah Itali menjadi tuan rumah Macedonia Utara dengan pemenang akan bermain di tempat lawan di Portugal atau Turki.

Wales menjadi tuan rumah Austria untuk menjadi tuan rumah daripada pemenang aksi Scotland atau Ukraine.

Tiga pemenang playoff melengkapkan kuota 13 negara Eropah dalam barisan 32 pasukan Piala Dunia. Kejohanan ini dimainkan pada Nov. 21-Dis. 18 di Qatar.

Tindakan FIFA itu mendapat reaksi berbeza. Kerana menurut peminat bola sepak, ianya tidak ubah semata mata mahu melihat bintang ternama terus beraksi dalam aksi final dan boleh menarik lebih banyak peminat dan wang.

Ia juga dianggap tindakan yang cuba memastikan pasukan seperti Itali memiliki skuad terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ada juga yang berpendapat bahawa peraturan ini juga akan mengurangkan peluang negara negara yang lebih kecil untuk membuat kejutan kepada kuasa besar. Kerana negara negara yang besar seperti Itali pastinya tidak perlu memikirkan strategi pengurusan pemain berdasarkan kad disiplin.

Namun ramai juga yang bersetuju dengan langkah tersebut. Kerana ada beberapa negara yang bermain 10 perlawanan berbanding dengan 8 perlawanan kelayakan. Mereka lebih banyak perlawanan dan lebih tinggi potensi mendapat kad sebelum ini.

Negara seperti Scotland dan juga Turki kini boleh menggunakan lebih ramai pemain utama mereka untuk menentang negara yang lebih kuat.

Portugal berada di kedudukan terbaik dari segi rekod disiplin dengan hanya enam pemain yang ada 1 kad kuning, termasuk Ruben Dias, Joao Moutinho, Diogo Jota dan Joao Palhinha.

Scotland boleh kehilangan sehingga lapan pemain untuk perlawanan akhir jika tidak ada peraturan pengampunan ini termasuk Andy Robertson, Billy Gilmour, Che Adams, John McGinn dan Scott McTominay.

Pengurus Scotland, Steve Clarke mahu semua pasukan bersatu dalam isu itu.

“Ia sesuatu yang mungkin boleh ditangani tetapi itu lebih kepada perbincangan untuk mereka yang berada di atas saya dan jelas UEFA dan FIFA perlu bersatu dan mencari penyelesaian.”

“Jika ia memberikan kebaikan untuk semua negara yang terlibat. Saya mempunyai senarai kebanyakan negara dan mereka semua ada di sana dengan tujuh, lapan, sembilan pemain yang ada kad. Ia hampir mustahil untuk diuruskan kerana anda mempunyai begitu banyak perlawanan. ”

Komennya disokong oleh pengurus Wales, Robert Page, yang mempunyai Aaron Ramsey di antara tujuh pemain dengan kuning.

“Saya menyokong sepenuhnya,” kata Page.

“Saya melihatnya terutamanya dari sudut pandangan kem Scotland kerana mereka mempunyai enam pasukan dalam kumpulan mereka dan mempunyai lebih banyak perlawanan untuk dimainkan.”

“Itulah keadaannya. Tetapi jika kita boleh mempengaruhi perubahan, kita pasti akan melakukannya.”

“Ada atau tidak kita mempunyai kuasa atau pengaruh untuk melakukannya dan meminta perubahan sekarang dan didengari, saya tidak terlalu pasti.”

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.