PlayGalaxy Link Membolehkan Anda Bermain Game Di PC Dalam Telefon Samsung

Pernah tak korang merasakan bahawa permainan video seperti Pro Evolution ataupun FIFA di telefon bimbit, feel dia tak sampai.

Ini kerana korang mengharapkan korang dapat merasai permainan PES atau FIFA atapun permainan yang lain, seperti yang korang mainkan di PC – mirip kepada versi Playstation, dan Xbox.

Memang ada permainan seperti FIFA, PES, NBA dalam telefon pintar tetapi ia versi yang berbeza dengan apa yang anda dapat di PC.

Namun kini, masalah anda akan selesai. Hal ini kerana Samsung ada penyelesaian untuk anda.

Anda kini boleh bermain permainan video dengan versi seperti PC ini dengan telefon Samsung Galaxy menerusi PlayGalaxy Link.

Ianya mirip kepada aplikasi Steam Link ataupun Parsec – korang boleh install permainan video yang korang suka di dalam PC dengan satu klien.

Jadi selepas ini, korang akan merasa sendiri permainan konsol sebenar di dalam telefon bimbit di mana sahaja anda berada dengan membawa telefon pintar yang korang memang bawa kehulu kehilir kan. Takkan nak tinggalkan telefon.

Berdasarkan video promosi daripada Samsung, anda boleh menggunakan alatan controller khas untuknya. Jadi ia akan memberikan pengalaman gaming yang lebih hebat pada para pengguna.

Kemudian korang boleh membuka permainan yang korang suka tersebut di telefon bimbit dengan menekan butang khas untuk memulakan permainan anda.

Dilaporkan ianya sudah tersedia dalam versi beta untuk Samsung Galaxy S10, S10e, S10 Plus, dan S10 5G bermula pada April yang lalu.

Dan kini ianya rasmi sudah ada di dalam telefon mercu oleh Samsung iaitu Galaxy Note 10.

Samsung akan terus meluaskan lagi akses kepada PlayGalaxy ini ke rangkaian telefon mereka yang lain termasuk Galaxy Fold, S9, S9+, Note 9, dan Galaxy A90 awal Disember akan datang.

Korang boleh dapati perisian ini di Samsung App Store.

Untuk menggunakan PlayGalaxy Link ini, korang perlukan rangkaian wifi internet yang sangat stabil, di atas 5GHz band.

Samsung dilaporkan sedang berusaha untuk memastikan para pengguna dapat menggunakan PlayGalaxy Link secara optimum walaupun dengan data.

Samsung akan terus berusaha untuk memastikan telefon mereka menjadi telefon yang menjadi pilihan utama untuk para gamers di luar sana.

PlayGalaxy Link masih di peringkat awal dan mereka berjanji akan terus memperbaikinya selepas ini bagi memastikan ia menjadi kekuatan utama Samsung selepas ini.

Baca yang lain