Playstation Cari Pekerja Isi Jawatan Main Game Sambil Cari Salah Orang

Korang nak tak kalau bekerja main game dengan ada pakej main sampai pencen?

Ini kerana Playstation kini sedang mencari seorang gamer yang berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut.

Jika korang boleh berkomunikasi lebih daripada satu bahasa / bahasa Inggeris, ia mungkin memberikan korang kelebihan.

Jadi siapa yang boleh kecek Inggeris dengan mana mana bahasa lain seperti Brazil, Rusia dan Arab, ianya adalah satu kelebihan.

Di mana tempat kerja? Jika korang berjaya, korang akan bekerja di bandar Liverpool sebagai ‘localisation testers’.

Ini bermakna korang kena main game dan pastikan game tu audio dan teks di dalam game itu adalah betul. Secara praktikalnya, kerja korang adalah main game sambil cari salah orang iaitu pembuat game tersebut.

Oleh itu, calon haruslah ada kemahiran bahasa Inggeris ataupun beberapa bahasa lain yang tinggi. Ini termasuk ejaan, tatabahasa dan aspek bahasa yang lain.

Calon juga kena ada kemahiran pemerhatian yang sangat bagus untuk memerhatikan mana mana kesalahan yang berlaku di dalam game.

Dalam iklan kerja kosongnya, Sony menjelaskan bahawa mereka yang bekerja dalam jawatan ini kelak akan membantu dalam terjemahan video game ataupun untuk promosi.

Deskripsi daripada Playstation sendiri berkata: “Anda ada semangat kepada bahasa dan game? Adakah anda seronok mencari kesalahan linguistik di dalam video game? Anda mahu menjadi sebahagian daripada pasukan antarabangsa kami yang memberikan impak kepada para pemain di seluruh dunia? Kami mahu dengar daripada anda!”

Calon perlu memohon dan kemudian perlu menyiapkan ujian penterjemahan yang akan dihantar menerusi email kepada korang dan harus diselesaikan dalam masa sejam sebaik sahaja anda menerimanya.

Jadual kerja adalah 37.5 jam seminggu. Bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 5.30 petang – Isnin sehingga Jumaat. Tiada maklumat gaji diberikan setakat ini.

Antara skil dan pengalaman yang diperlukan

  • Fasih berbahasa Inggeris dan satu lagi bahasa lain
  • Seorang gamer tegar
  • Memiliki pengalaman dalam permainan di PC dan platform lain
  • Ilmu asas kerja seperti pandai menggunakan MS Office package

Jadi korang yang berminat klik pautan ini: Nak kerja main game di Liverpool

Baca yang lain