Sebelum ini Conor McGregor mendakwa bahawa dia masuk ke gelanggang dengan keadaan kakinya cedera. Walaupun pada sesi face off kaki itu lincah nak menyepak muka Dustin Poirier.
Lantas menurut McGregor, kemenangan Poirier sebenarnya bukan kerana petarung itu bagus, tetapi kerana dia berhadapan dengan lawan yang cedera.
McGregor: Kakiku sakit sebelum masuk oktagon
McGregor membuat kenyataan tersebut selepas kalah dalam pertarungan ketiga dalam trilogi dengan Dustin Poirier. Kekalahan kali ini lebih menyedihkan apabila Conor McGregor retak buku lali kerana pendaratan yang gagal.
Menyaksikan Conor kalah dalam acara kad utama UFC264. Dalam video berdurasi enam minit yang dimuat naiknya, Conor menjelaskan bahawa kakinya memang sudah cedera sebelum pertarungan.
Namun dia meneruskan pertarungan walaupun kesakitan. Conor berkata: “Saya bertarung dalam kedaaan saya memang sudah tercedera. Orang tanya saya, macamana kaki kau boleh patah?”
“Kalau tak percaya, tanyalah Dana White, tanyalah UFC dan Dr Davidson – ketua doktor UFC. Mereka semua tahu kaki saya ada kecederaan menjelang pertarungan itu.”
“Mereka semua berdebat untuk membatalkan pertarungan ini kerana saya hari tu berlatih dengan rakan sparring saya tanpa menggunakan shin pads. Saya ditendang di kaki beberapa kali dan cedera.”
“Juga, saya membalut buku lali saya dalam setiap sesi latihan. Ketika buku lali saya sakit, saya masih meneruskan latihan. Saya harus melakukannya untuk terus berlatih teknik baru mengatasi serangan lawan dari belakang.”
“Dan itulah caranya saya memperbaiki teknik saya berdepan serangan dari belakang. Sebab tu korang tengok Dustin akan menjauhkan dirinya setiap kali dia menindih saya.”
“Dan saya mendaratkan kaki untuk melakukan tendangan dan sikuan, itu tempat yang salah untuk melakukannya [pada kali itu].”
“Itu adalah skil yang saya kembangkan kerana ia boleh membuatkan kaki saya cedera dan saya kena menyesuaikannya dengan latihan. Saya perlu mendapatkan rawatan untuk buku lali dan tulang kaki saya. Saya tak pernah sesekali menghulur kepala saya ke arah pisau kecuali perkara seperti ini berlaku.”
“Apa yang saya perlukan sekarang ini adalah tulang kaki titanium. Sekarang saya ada tulang titanium dari lutut ke buku lalu. Doktor kata tulang tu tak boleh patah. Apabila saya selesai memasangnya, saya akan berlatih untuk keseimbangan dan kemudian membina kekuatan. Dan saya akan memiliki tulang yang tak akan patah.”
“Saya sekarang ni macam Arnie [Arnold Schwarzenegger] dalam Terminator 2! Saya ada semua barang untuk melakukan semua ini dan saya akan melakukannya. Ianya kisah yang luar biasa. Saya sayang kamu semua gais. Kamu tak akan mampu mengalahkan bangsa Ireland, kamu tak akan mampu menewaskan MacMan!”
Bennet nafi McGregor cedera kaki sebelum pertarungan
Namun alasan McGregor itu kini ada plot twist. Ini apabil CEO Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC), Bob Bennet menyatakan bahawa McGregor dalam keadaan yang sangat cukup cergas untuk bertarung pada hari tersebut berdasarkan penilaian pakar dan doktor.
Menurut Bennet, doktor yang menilai keadaan McGregor mengesahkan bahawa petarung itu tidak ada masalah kecederaan di kaki seperti didakwanya.
Pengakuan McGregor itu sebenarnya boleh mencalarkan imej NAC dan doktor yang bertugas kerana membenarkan atlet cedera bertanding dalam acara lasak seperti UFC.
Bob menambah: “Jika kita mendapat sebarang informasi tentang ada pertarung yang tak cukup cergas untuk bertarung, kita sama sekali tak akan benarkan mereka bertarung.”
“Kita akan hantar dia berjumpa doktor dan doktor akan membuat keputusan sebagai seorang ahli dalam bidangnya.”