Ada perkembangan luar biasa dari Bundesliga. Di mana Barcelona dilaporkan berjaya membuat pintasan penting dalam persaingan mendapatkan pemain bek tengah Jonathan Tah.
Tah sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich. Dengan pemain itu sudah memberitahu Bayer Leverkusen bahawa dia mahu menyertai Bayern Munich.
Leverkusen musim lalu enggan menjual Tah dengan harga diminta Bayern sekitar €20 juta untuk pemain yang memasuki tahun akhir kontraknya.
Namun Leverkusen meminta sekurang kurangnya €40 juta untuk pemain itu. Harga yang dianggap Bayern sebagai cekik darah.
Jonathan Tah sendiri agak kecewa dengan tindakan kelabnya yang tidak mahu melepaskannya ke Bayern. Kerana kelab Bavaria itu mahu menjadikannya pengganti kepada De Ligt yang mahu dilepaskan ketika itu.
Kemudian Bayern menyatakan mereka sedia menunggu pemain itu datang ke Bayern secara percuma. Dengan pemain itu juga dikatakan mahu menyertai Bayern dengan syarat rundingan sebelum ini.
Tetapi kini pemain itu dikatakan lebih hampir ke Barcelona berbanding dengan Bayern. Ini selepas Deco dilaporkan berjaya meyakinkan pemain itu untuk menyertai mereka secara percuma musim hadapan.
Hansi Flick juga dilihat boleh menjadi faktor penting untuk menarik minat Tah ke Barcelona. Ini ditambah dengan faktor Flick dan Tah bernaung di bawah ejen yang sama iaitu Pini Zahavi.
🚨Barcelona are now pushing to secure Jonathan Tah and have a good chance of getting him on a free transfer in the summer.
There was a meeting today between Deco and Tah's entourage.
Flick has a clear plan for Tah. They also share the same agent: Pini Zahavi.
(via @Plettigoal) pic.twitter.com/XxxMgDnYle
— barcaupdatez (@barca_updatez) December 5, 2024
Jonathan Tah dikatakan peminat Barcelona ketika dia masih kecil.