PLOT TWIST! Hamidin Nafi Sumareh Tak Nak Main Tetapi Terpaksa Digantikan

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin tampil menjelaskan kenapa Mohamadou Sumareh tidak dapat beraksi dalam Piala AFF Suzuki 2020.

Sebelum itu, Datuk Dell Akhbar Khan yang dilantik menjadi ketua jawatankuasa menjelaskan bahawa nama Mohamadou Sumareh dipanggil untuk mewakili Malaysia dalam Piala AFF 2020. Namun pemain itu menolak.

Datuk Dell Akhbar turut menggariskan ada kelemahan pada FAM itu sendiri yang membuatkan squad depth menjadi nipis berbanding pasukan lain.

Di mana Malaysia menjadi satu satunya negara yang menghantar 24 sahaja pemain berbanding 30 yang dibenarkan.

Menurut Datuk Dell Akhbar Khan: “Pada awal lagi memang ada kekurangan di pihak FAM untuk menghantar jumlah yang sepatutnya boleh dihantar [hanya hantar 24 pemain]. Peraturan pertandingan membenarkan untuk menghantar 30 pemain untuk didaftarkan.”

“Jadi pada awal terdapat kekurangan. Di mana silapnya? FAM perlu jawab. Kerana ada sebilangan yang dipanggil, tidak dapat menyertai.”

“Sumareh misalnya, menolak tawaran untuk bermain kali ini.”

Korang boleh rujuk minit ke-15:40s di mana Datuk Dell Akhbar menyatakan bahawa Sumareh menolak untuk mewakili Malaysia.

Seterusnya Datuk Hamidin menyatakan bahawa situasi Sumareh agak rumit. Dan Hamidin menafikan bahawa Sumareh bukan menolak untuk mewakili Malaysia.

Sebaliknya pemain itu masih bersemangat untuk mewakili negara dalam Piala AFF 2020, cuma dia meminta untuk melapor diri lewat iaitu paling awal pun perlawanan kedua – kerana ada masalah keluarga.

Hamidin menambah, selepas perbincangan dengan coach Tan Cheng Hoe, kedua dua mereka setuju bahawa, Malaysia tidak perlu memanggil Sumareh yang kesulitan untuk melapor diri ketika itu kerana masalah keluarga.

Dan akhirnya mereka setuju untuk memanggil sahaja pemain yang sedang meningkat naik yang juga merupakan pemenang ABK21 iaitu Arif Aiman.

Hamidin berkata:

“Fina [wartawan Astro], saya nak jawab sikit isu tentang Sumareh. Saya harap saya punya kenyataan ini bukan dianggap sebagai kenyataan lepas tangan ataupun….. yang benar is benarlah.”

“Sumareh telah berjumpa dengan saya dengan coach Tan [Cheng Hoe] beberapa hari sebelum [kejohanan bermula]. Mungkin dia ada berjumpa dengan orang lain tapi mereka ni apabila mereka ada masalah besar [yang tak dapat diselesaikan] maka mereka akan berjumpa dengan saya sebagai orang yang terakhir selaku presiden memang tugas saya pun.”

“Jadi Tan jumpa balik dengan saya dalam beberapa hari, dalam 5 hari macam tu.”

“Tan [berkata]: ‘Datuk…Sumareh datang nak berjumpa’..”

“Dan lepas tu Sumareh datang berjumpa dengan saya dan Tan, dalam perbincangan tu, ada nak saying something [menyatakan sesuatu] yang peribadi berkaitan dengan keluarga dia kampung dia di Gambia. Sesuatu yang peribadi.”

“Dia minta, boleh tak dia lewat datang untuk tiba pada game kedua, saya ingat, baru dia boleh sampai. Lebih kurang dalam masa tu la.”

“Jadi, saya bincang dengan Tan, dan saya cakap kepada Sumareh, kamu kena sertai pasukan daripada sekarang.”

“Tan selepas berbincang, Tan setuju untuk, lepas tu Tan cakap dengan saya, ‘Datuk, kita tak payah ambik dia, kita ambil Arif Aiman’. Haa…tu la story dia, jadi tak payah nak elaborate lagi. Saya ni suka pandang ke depan [moving forward]”

“Jadi kita panggil Arif Aiman untuk menggantikannya.”

Rujuk pada timeline: 1:29:22 dalam sesi siaran langsung FAM.

Dalam sidang media yang sama Hamidin mengalu alukan mana mana pihak untuk datang berjumpanya sendiri untuk membincangkan perkara yang berkaitan bola sepak negara. Kerana menurutnya, pintu FAM sentiasa terbuka.

Beliau menegaskan bahawa misi utama ketika ini adalah kelayakan ke Piala Asia yang akan datang.

Seterusnya FAM sah melantik jurulatih baharu iaitu Kim Pan Gon dengan kontrak selama 2 tahun.