PM Jalani Kuarantin 14 Hari Kerana Pegawainya Positif C0V-19

Share on facebook
Share on twitter

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjalani saringan C0V19. Dan beliau disahkan negatif dariapda wabak tersebut.

Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia itu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari ini.

Ini susulan seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Rabu lalu telah disahkan positif COVID-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata semua ahli mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu juga telah diarah supaya menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

“Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif. Bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” katanya.

Semua yang menghadiri mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Berikut adalah kenyataan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri:

YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020.

Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif C0V-19.

YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan C0V-19 pagi tadi dan disahkan negatif. Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Sebagai makluman, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Pejabat Perdana Menteri

22 Mei 2020

Semoga pegawai tersebut cepat bebas daripada virus dan semoga PM kita dipermudahkan urusannya ketika kuarantin.

 

Baca yang lain

Dan Tiba Tiba Liverpool Membida Dembele

Liverpool dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain sayap Barcelona Ousmane dembele musim panas ini. Dembele merupakan pemain yang agak berkaca. Di mana rekod