Mauricio Pochettino yakin ianya adalah cabaran yang bagus untuk pasukan mereka jika Cole Palmer tidak dapat beraksi menentang Arsenal.
Cole Palmer sebelum ini dilaporkan tidak dapat sertai sesi latihan kerana sakit. Membuatkan pemain itu dalam senarai tidak pasti akan bermain menentang Arsenal pada awal pagi esok waktu Malaysia.
Chelsea akan berdepan dengan musuh sebandar mereka Arsenal. Chelsea akan bertandang ke Emirates dalam perlawanan ini.
Cole Palmer kini menjadi pemain yang berada dalam persaingan untuk kasut emas EPL selepas aksi cemerlangnya. Dia menjadi pemain terbaik Chelsea musim ini.
Di atas kertas, Cole Palmer dan Erling Braut Haaland masing masing terikat dengan 20 gol dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini.
Namun Pochettino kekal tenang jika pemain itu tidak dapat beraksi. Kerana menurutnya ini adalah peluang untuk mereka membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang tidak terlalu bergantung kepada seorang individu sahaja.
“Ianya satu cabaran yang baik jika Cole Palmer tak dapat bermain menentang Arsenal. Jika saya adalah pemain, saya akan bermotivasi untuk aksi esok untuk membuktikan bahawa ini adalah Kelab bola Sepak Chelsea. Bukannya Kelab Bola Sepak Cole Palmer,” tegas pengurus Chelsea itu.
🔵 Pochettino: “It’s a good challenge if Palmer is not available vs Arsenal”.
“If I were them, I would be motivated to go there tomorrow and show that this is Chelsea Football Club, not Cole Palmer Football Club”. ❗️👀 pic.twitter.com/sCBYoViiXw
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 23, 2024
Arsenal tidak mahu keciciran mata dalam perlawanan ini kerana persaingan 3 penjuru yang sengit. The Gunners ketika ini sedang memimpin liga. Namun Man City masih ada satu baki perlawanan kurang berbanding mereka.
Chelsea pula mahu memperbaiki kedudukan mereka di dalam carta liga. Untuk mengekalkan impian mereka bermain di pentas Eropah, sekurang kurangnya UECL musim hadapan.
Slot ke Liga Juara Juara Eropah juga masih dalam jangkauan Chelsea. Kerana kedudukan kelima mungkin boleh ke UCL musim hadapan berdasarkan format kelayakan baharu pertandingan itu.