Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino tahu bahawa semua orang kecewa dengan prestasi semasa pasukan itu. Namun menegaskan bahawa Chelsea tetap berada di landasan yang tepat. Oleh sebab itu dia tidak mendengar rungutan daripada Todd Boehly atau pengurusan tertinggi.
Pochettino yakin kedudukannya di Chelsea masih tidak terganggu. Chelsea setakat ini sudah berbelanja lebih £1 billion sejak diambil alih oleh Boehly. Dan sudah memecat beberapa pengurus sebelum ini. Ianya kerana masalah prestasi pasukan.
Chelsea menelan satu lagi kekalahan, apabila dimalukan Aston Villa di hadapan penyokong mereka sendiri di Stamford Bridge. Kekalahan itu menyaksikan Chelsea kini berada di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris dengan rekod 3 perlawanan tanpa jaringan.
Pochettino menyatakan bahawa keputusan yang dicatatkan oleh pasukannya di atas padang tidak langsung menggambarkan situasi sebenar projek di Chelsea. Dia malah mengesahkan bahawa pengurusan tertinggi berpuas hati dengan cara dia membangunkan pasukan dan cara Chelsea bermain.
Pochettino confirms discussions with Egbhali, Boehly, and the directors, emphasizing their satisfaction with the team's strong performances, despite recent results. pic.twitter.com/sokt60C6Ka
— CFC Rof (@CFCrof) September 23, 2023
Pochettino menyatakan bahawa kelab tetap perlu bertanggungjawab untuk terus menyokong perancangan yang mereka sudah mula laksanakan. Dia berkata: “Ya sudah tentu keputusannya amat mengecewakan, namun mereka harus terus menyokong perancangan yang ada.”
Mauricio Pochettino: “Yes, of course the owners are disappointed — but at the same time they need to support the plan”. 🚨🔵 #CFC
“We have the squad we have, we need try to build the confidence and give them all of the support they need”, quotes via @scott_trotter. pic.twitter.com/PKUDd9OP4W
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 24, 2023
Sebelum perlawanan, Pochettino sempat menjelaskan bahawa projek yang dia pimpin pada hari ini berbeza dengan Thomas Tuchel sebelum ini. Pada pandangan Pochettino, pengurus sebelum ini, Tuchel datang untuk meneruskan projek yang sudah dibina. Sementara dia pula memulakan projek baharu untuk era baharu.
“Thomas Tuchel datang dengan projek yang berbeza. Dia berada dalam projek yang memang sudah dibina. Sementara kami pula tiba di sini di mana hala tuju falsafah kelab sudah diubah. Dan ia berbeza sama sekali.”
Pochettino on comparison with Tuchel at Chelsea: “Thomas Tuchel arrived in a different project, in a project that was already built”. 🔵 #CFC
“We arrived here in a project where the principal guide was changing, that’s why it’s different”, quotes via @scott_trotter. pic.twitter.com/sPSJ8Z4k2m
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 24, 2023
“Kami patut memenangi setiap perlawanan kerana kami adalah Chelsea bukan? Ya, tetapi kami bukan Chelsea yang dahulu, yang memenangi EPL atau UCL. Kita harus terima ini satu projek. Satu idea, namun kami sedang membina sesuatu untuk masa hadapan.”
🔵 Pochettino: "We should win every game because we are Chelsea? Yes but we are not the Chelsea that won the Champions League or Premier League".
"We need to accept that it’s a project. An idea, but that we are going to build something for the future with time". pic.twitter.com/LXS0y6L3Dd
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 24, 2023
Bercakap tentang kekalahan di tangan Aston Villa, Pochettino menyatakan bahawa mereka telah bermain mengikut perancangan namun harus menerima ada beberapa situasi pemain mudanya tidak cukup matang.
Misalnya, Nicholas Jackson mengutip kad kuning kelima musim ini yang membuatkan dia digantung untuk aksi berikutnya. Seterusnya Malo Gusto menerima kad merah yang dia boleh elakkan.
Namun begitu Pochettino menganggap itu semua lumrah dalam bola sepak terutama sekali dalam proses pembangunan pemain muda dan dia yakin pemain pemain mudanya akan belajar daripadanya.