Pochettino Dedah Mbappe Memang Suka Cadangkan Taktikal Kepada Jurulatih

Mauricio Pochettino meninggalkan PSG selepas Kylian Mbappe dilaporkan tidak gembira dengan corak pengurusan taktikal pemain itu.

Menurut L’ Equipe, PSG ketika itu berjanji akan mencari pengurus baharu dalam usaha mereka memujuk Mbappe menolak tawaran Real Madrid dan menandatangani kontrak baharu dengan PSG.

Walaupun berita itu kedengaran tidak enak, namun Pochettino tetap profesional dan mendedahkan satu perkara yang luar biasa tentang Mbappe.

Pemain muda itu seorang yang obses dengan taktikal. Dia ada taktikal yang dia fikirkan sendiri untuk bertemu dengan lawan mereka.

Mbappe akan cuba membentangkan idea atau cadangan taktikal kepda Pochettino. Dan membuatkan pengurus itu kerap memanggil Mbappe  masuk ke pejabat untuk membincangkannya.

Dia akan cuba melihat, sama ada idea itu boleh digunakan atau sebaliknya.

Pochettino sempat meluangkan masa untuk wawancara dengan The Athletic. Pastinya dia orang yang tepat membincangkan tentang Mbappe secara in depth analysis kata orang.

Mauricio Pochettin bercakap mengenai personaliti penyerang The Blues, dua hari sebelum perlawanan suku akhir yang ditunggu-tunggu antara Perancis dan England.

“Sudah tentu Kylian mempunyai ego, tetapi dengan cara yang baik. Semua pemain yang hebat mempunyai ego yang besar. Mustahil untuk tidak memilikinya.”

“Dan sukar untuk menangani tekanan sedemikian pada usia yang begitu muda. Tetapi sangat penting bagi saya untuk sampaikan bahawa Kylian seorang yang sangat baik.”

“Dia angkuh dengan cara yang baik. Dia mempunyai ego, tetapi ego itu tidak mengawalnya, yang kadang-kadang berlaku apabila pemain mencapai tahap sedemikian pada permulaan kariernya. ”

“Tidak untuknta, Kylian mengawal egonya, dan itu sangat penting,” tegas bekas pengurus Spurs itu.

“Saya dapati di PSG bahawa jika Kylian melakukan kesilapan, saya boleh menjelaskan kepadanya mengapa, apa yang dia perlu lakukan supaya dia boleh cuba memperbaiki setiap perlawanan,” sambung Pochettino.

“Mungkin media memberi gambaran yang berbeza, tetapi realitinya adalah dia seorang yang sangat baik untuk berurusan.”

Seterusnya bercakap tentang kegilaan Mbappe kepada taktikal, Pochettino berkata: “Jika kita ada perlawanan Liga Juara Juara Eropah pada Selasa. Dan beberapa hari akan datang akan ada perlawanan lain. Pada keesokan harinya [selepas aksi UCL], Kylian akan mesej saya.”

“Dia akan tanya tentang pandangan saya tentang situasi taktikal seperti ini atau taktikal yang satu lagi.”

“Jadi, saya akan memanggilnya ke pejabat saya pada pagi keesokan harinya untuk kita membincangkannya secara lebih mendalam.”

“Dia suka membincangkan kenapa sesuatu pasukan itu bermain bek bertiga atau empat. Bagaimana pengurusan pertahanan. Bagaiman cara melakukan pressing, bagaiman cara membina serangan dari bawah.”

“Dia seorang yang sangat sangat berminat berbicara dan berbincang soal idea bola sepak kami, diea saya dan idea dia.”

Beberapa bulan lalu, Mbappe secara terbuka mencadangkan agar Christophe Galtier menandatangani penyerang tipikal Olivier Giroud untuk PSG.

Ini kerana dia selesa beroperasi lebih bebas di bahagian sayap berbanding peranan no.9.

Mbappe tidak gembira dengan corak taktikal Galtier ketika itu dan berjumpa dengan pengurusan tertinggi bertanya tentang di mana janji mereka yang mahu mendapatkan seorang target man dan seorang bek tengah baharu.

Galtier ketika itu mengakui cadangan Mbappe itu memang dalam pertimbangan mereka. Cuma masa tidak mengizinkan mereka untuk mendapatkan pemain seperti itu pada musim panas lalu.

Baca yang lain