Pochettino: “Dulu Pengurus Yang Beriya Sokong VAR Sekarang Cakap VAR Memalukan”

Mauricio Pochettino memberikan komennya tentang penggunaan VAR dan menyindir beberapa jurulatih yang dulu memuji dan menyokong VAR.

Namun ketika VAR tidak berpihak kepada mereka, pengurus pengurus ini menghentam VAR.

Pochettino diminta memberikann komen tentang rungutan Ange Postecoglou tentang VAR. Di mana pengurus Spurs itu menyatakan dia tidak gembira dengan cara perlawanan dikendalikan dengan VAR.

Pochettino sempat menyindir beberapa pengurus yang sebelum ini menyokong VAR dan kemudian melabel VAR memalukan. Sebelum ini Arteta menyatakan bahawa VAR memalukan. Namun Pochettino dengan pantas terus menafikan dia menujukan sindiran kepada Arteta.

Pochettino berkata: “Saya rasa kami pun kecewa dengan VAR, namun  kami mungkin berbeza sebab seorang menang dan seorang kalah. Tetapi saya setuju dengan dia.”

“Tapi inilah bola sepak yang kita ingin dan kita mahukan. Kita membenarkan teknologi hadir dan kini kita tak boleh nak merungut tentangnya.”

“Seingat saya, semasa saya di sini [menjadi pengurus Spurs], masa tu VAR mula digunakan dan saya cakap sayan tak setuju dengan penggunaan VAR. Namun selepas itu saya menyokong VAR. Kita kena sokong, namun kita pada masa yang sama harus mencari jalan terbaik untuk menggunakannya.”

“Tengok sahaja pun tahu ianya rumit, ada perkara sukar dilihat, dan kena periksa dan periksa lagi. Hari ini saya rasa kami bermain 120 minit. Saya tak pasti kalau dah pukul 1 pagi sekarang, kamu tahu kan, sangat sukar.”

“Tetapi inilah bola sepak, kamu, kita semua terbuka menerima teknologi. Saya tak nak kenang kembali, namun sangat ramai jurulatih dulu mahukan VAR dan apabila VAR tidak memihak kepada kamu, kamu cakap ianya memalukan.”

“Saya tak bercakap tentang Arteta [yang sebelum melabel VAR memalukan]. Keseimbangan sangat sukar dicapai, namun dalam bola sepak kita harus cuba membantu bersama sama dalam usaha meningkatkan lagi kualiti perkara seperti ini, jika dalam perlawanan hari ini sahaja ada 5 gol yang dibatalkan VAR.”

“Ya, kamu harus memeriksa dan kemudian harus meneruskan permainan. Jadi ianya bukan situasi mudah, kamu fikirkan masa untuk memeriksa dan masa untuk menyambung semula permainan.”