Pochettino Jelaskan Rahsia Kecemerlangan Sterling Adalah Kerana ‘Tweaks’ Pada Peranan Taktikalnya

Musim pertama Raheem Sterling pada musim lalu di Chelsea tidaklah begitu meyakinkan peminat.

Malah dia sering menerima kritikan kerana aksi yang dianggap tidak padan dengan gaji yang dia terima di Stamford Bridge.

Kini dia dilihat semakin hari semakin cemerlang di kelab baharunya itu.

Dia menjadi pilihan utama Mauricio Pochettino dalam 3 perlawanan pertama untuk Chelsea musim ini.

Petanda yang baik buat Sterling memulakan era baharu di Chelsea di bawah Pochettino. Dan dia menegaskan bahawa dia gembira dengan prestasi cemerlangnya setakat ini.

Pengurus Chelsea sendiri mendedahkan ada sebab di sebalik semua yang berlaku kepada pemain antarabangsa England itu.

Dalam aksi menentang Luton Town, Sterling menjaringkan dua gol terlebih dahulu, kemudian membuat bantuan untuk Nicolas Jackson untuk melengkapkan kemenangan 3-0 untuk Blues.

Pochettino sendiri berkata beliau berpuas hati dengan prestasi dan sumbangan Sterling setakat ini.

“Komitmen yang ditunjukkannya dalam usaha menyumbang kepada pasukan, dengan etika kerja dan kualitinya, Sterling berhak mendapat pujian penuh untuk prestasi ini,” kata Pochettino.

“Dia mempunyai kualiti terbaik untuk membantu pasukan dengan gol dan bantuan. Dan apabila kami tidak mempunyai bola dia bekerja keras untuk mendapatkan bola secepat mungkin.”

Pochettino menegaskan bahawa kualiti Sterling sentiasa ada pada diri pemain itu.

Musim lalu dia bergelut, tetapi musim ini Pochettino cuba membuat perubahan dengan membebaskan pemain sayap Inggeris itu di atas padang.

Sterling diberikan peranan lebih bebas dalam sistem baharu di Chelsea.

“Dia memberitahu saya bahawa musim lalu sukar untuknya. Namun, saya sangat berpuas hati apabila saya melihat pemain gembira.”

“Dan apabila penyerang menjaringkan gol atau membantu, ia berasa sangat memuaskan,” sambung Pochettino.”

“Dalam pertemuan pertama saya dengan Raheem, saya lebih suka bertanya tentang kedudukan pilihan pemain di atas padang, untuk memahami bagaimana pemain itu melihat dirinya sendiri,” kata pengurus itu.

Akhirnya Pochettino memberikan peranan lebih bebas kepada bekas pemain Man City itu. Dan ianya menjadi kunci penting kenapa Sterling kembali menikmati permainan di atas padang dan menunjukkan prestasi cemerlangnya.