Mauricio Pochettino ada alasan tersendiri kenapa Chelsea kalah di tangan Manchester United.
Menurutnya, kad merah yang diterima oleh Connor Gallagher pada perlawanan lalu memberikan kesan kepada kecergasan pasukannya dalam aksi di Old Trafford.
Pochettino menegaskan dia terpaksa bermain dengan pemain yang sama pada Ahad lalu. Di mana pemain pemain tersebut bermain dengan 10 pemain untuk 60 minit.
Pochettino bagaimanapun akur bahawa Manchester United layak menang setelah menunjukkan aksi serba serbi cemerlang dalam perlawanan ini.
United mendominasi bahagian tengan dengan sangat kental hasil gandingan Sofyan Amrabat dan Scott McTominay.
Beliau juga yakin bahawa Manchester United memiliki tenaga yang luar biasa kerana kelebihan dari segi kecergasan,
Pochettino menambah: “Manchester United layak menang perlawanan ini. Mereka menunjukkan tenaga yang luar biasa.”
🔵 Pochettino: “Manchester United deserved to win the game. They showed massive energy”.
“Maybe we were affected, because we played Sunday with one less player for 60 minutes with similar players. This type of game is difficult to assess”. pic.twitter.com/hKpCJeYZ6f
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 7, 2023
“Mungkin kami terkaesan. Kerana pada Ahad kami bermain dengan kurang seorang pemain untuk 60 minit, dengan pemain yang sama hari ini.”
“Perlawanan seperti ini sukar untuk dinilai,” tegas beliau lagi.
Kekalahan ini menggagalkan usaha Chelsea mahu memintas West Ham di carta liga. Manchester United pula berjaya membuang sedikit tekanan yang tertumpu kepada mereka.
Minggu lalu, Erik Ten Hag turut menggariskan faktor keletihan punca pasukannya kalah di Newcastle. Namun isu itu jelas sudah dipulihkan dalam aksi kali ini.
Dua gol Scott McTominay, dengan satu gol setiap babak membolehkan Man United menang 2-1 ke atas Chelsea.