Pochettino Kecewa Prestasi Mudryk Dan Sterling, Sedia Cari Penyerang Baharu

Mauricio Pochettino dan staf kejurulatihannya dilaporkan masih tidak berpuas hati dengan prestas Mykhaylo Mudryk dan juga Raheem Sterling.

Mudryk pemain yang dibeli €100 juta itu tidak menunjukkan peningkatan yang ketara sejak hari pertama Pochettino di Chelsea.

Seterusnya, Raheem Sterling selaku pemain bergaji tertinggi di kelab itu gagal menunjukkan impak lebih besar serta berdepan masalah konsistensi.

Mudryk yang berusia 23 tahun menyertai Chelsea tahun lalu. Masih gaga memahatkan dirinya sebagai pemain tetap di kesebelasan utama.

Prestasi Mudryk dengan Sterling yang membimbangkan ini dilaporkan membuatkan Pochettino sedia meminta dana untuk membeli penyerang berstatus bintang yang baharu pada musim panas akan datang.

Antara nama yang dipantau oleh Chelsea ialah Nico Williams dari Athletic Bilbao. Pemain tersebut ada klausa pelepasan sekitar €50 juta.

Football Insider melaporkan Pochettino sudah semakin hilang keyakinan ke atas Mudryk dan Raheem Sterling.

Mudryk bermain 33 kali untuk Chelsea musim ini. 16 daripadanya sebagai kesebelasan utama. Dia menjaringkan 6 gol dan 3 assist dengan hanya bermain di satu posisi sahaja secara berkesan.

Angka itu dianggap tidak cukup bagus untuk Mudryk yang sudah diberikan masa untuk menonjolkan dirinya untuk menjadi bintang baharu di Stamford Bridge.

Chelsea sebelum ini berhempas pulas untuk menewaskan Arsenal dalam mendapatkan pemain itu dari Shakhtar Donetsk. Kini tidak melihat usaha itu terbalas di atas padang.

Mudryk ada kontrak yang sangat panjang sekitar 8.5 tahun ketika dia menyertai Chelsea. Dan kontrak itu hanya akan berakhir pada Jun 2031.

Skuad Chelsea masih bergelut di kelompok pertengahan liga. Chelsea kalah dalam Piala Carabao sebelum ini. Namun masih berpeluang ke eropah jika mereka memenangi Piala FA.

Lawan mereka adalah Man City di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung 20 April.

Namun usaha Pochettino untuk mencari penyerang baharu menggantikan Mudryk dan Sterling dijangka akan menimbulkan polemik antara pengurus dan pengurusan tertinggi.

Ini kerana mereka masih ada tunggakan hutang yang besar untuk dibayar kepada Donetsk. Kemudian kontrak pemain itu sangat lama.

Selain itu, salah satu sebab kena Pochettino dilantik di Chelsea, kerana Todd Boehly percaya dia pengurus yang boleh membangunkan pemain pemain muda seperti Mudryk, Caicedo dan ramai lagi.

Seterusnya, untuk Raheem Sterling, pemain itu adalah pemain penerima gaji tertinggi di Stamford Bridge.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.