Pochettino Mahu Chelsea Tiru Liverpool

Mauricio Pochettino menyatakan bahawa Chelsea harus mengambil pengajaran daripada projek Liverpool di bawah Klopp.

Kerana menurutnya, Liverpool dulu pun selalu kalah dalam aksi final namun mereka sentiasa percaya kepada projek Klopp dan menyokong pengurus itu.

Hasilnya, Liverpool memenangi semua piala yang tersedia untuk mereka, kecuali UEL la, di bawah Klopp.

Pochettino menelan kekalahan di final menentang skuad tempang Liverpool yang terpaksa memanggil pemain pemain akademi dan pembangunan untuk mengisi tempat yang ditinggalkan ramai bintang cedera.

Chelsea harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana mempersia siakan banyak peluang gol dalam perlawanan ini. Terutama sekali Conor Gallagher dan juga Cole Palmer yang memiliki peluang terbuka.

Pochettino sempat menyatakan bahawa skuad yang dia bawa adalah skuad yang masih muda dan hasilnya akan kelihatan dalam beberapa tahun lagi. Tidak adil membandingkan Chelsea dengan Liverpool kata beliau.

Pochettino menambah: “Saya ingat lagi, selepas 3 atau 4 tahun, Liverpool kalah dalam final UCL, kalah final Europa League. Dan mereka percaya kepada projek mereka untuk musim berikutnya dan menjadi semakin kuat sehinggalah mereka mendapat apa yang mereka mahukan.

“Ini adalah contoh yang baik, Liverpool. Jika kita nak bersaing dengan pasukan macam Liverpool. Jangan kecewa sangat hari ini hanya kerana kita gagal memenangi trofi.

“Ianya tentang mencontohi mereka untuk terus percayam ini adalah adalah perkara paling penting.”