Pochettino Mahu Peminat Chelsea Percaya Kepada Proses

Mauricio Pochettino menyeru penyokong Chelsea untuk tidak cepat gelabah dan “percaya kepada proses” selepas pasukannya tumbang 3-1 di tempat lawan kepada West Ham United dalam Liga Perdana Ahad.

Lebih mengecewakan, West Ham beraksi 10 pemain pada separuh masa kedua.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Paris St Germain dari Argentina itu telah menyahut cabaran besar di Stamford Bridge, cuba membentuk identiti baharu untuk skuad yang mahal.

Dalam 3 jendela perpindahan Todd Boehly sudah melabur lebih £1 billion.

Pada musim jendela perpindahan panas ini sahaja, terdapan lapan pemain telah ditandatangani dengan harga sekitar 325 juta pound.

Ianya sebagai usaha untuk bangkit daripada musim lalu yang hambar di mana The Blues menamatkan saingan di tangga ke-12 dalam carta liga.

Salah seorang daripada mereka, Moises Caicedo, yang membuatkan Chelsea memecahkan rekod perpindahan di Britain, telah diberikan penampilan sulung masuk dari bangku simpanan tetapi impaknya sangat mengcewakan.

Terjahan terburu burunya di dalam kawasan penalti ke atas Emerson pada masa kecederaan memberi peluang kepada Lucas Paqueta untuk mengesahkan 3 mata untuk West Ham daripada gol menerusi sepakan penalti.

Chelsea hanya memenangi satu daripada 14 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dan kini telah tewas empat derbi London berturut-turut tetapi Pochettino menjelaskan mereka perlu panik.

“Itu bola sepak. Pasukan seperti kami, perlu mendapatkan keseimbangan yang betul. Saya fikir hari ini terdapat beberapa tindakan yang kami tidak lakukan dengan baik dan kami juga agak bimbang,” kata Pochettino kepada Sky Sports.

“Secara keseluruhannya adalah jenis permainan yang sukar untuk dijelaskan. Anda memiliki penguasaan bola, anda mencipta peluang dan mungkin anda adalah pasukan yang lebih baik tetapi akhirnya anda kalah.”

Chelsea memiliki 75% penguasaan di Stadium London, melakukan 17 percubaan ke gawang dan 706 hantaran berbanding West Ham 225.

Tetapi selain daripada gol yang dijaringkan dengan sangat baik oleh Carney Chukwuemeka, mereka tidak menunjukkan apa-apa impak di depan gol. Dengan Enzo Fernandez, yang merupakan pemain tengah termahal dalam sejarah perpindahan kelab Inggeris, gagal menyempurnakan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-1.

“Ia adalah kekecewaan apabila kami gagal dalam sepakan penalti. Kami bermain dengan baik dan kami tidak mendapat ganjaran daripadanya,” kata Pochettino.

“Kecewa, tetapi ini hanya permulaan. Kami perlu percaya pada proses itu. Saya fikir kami akan menjadi lebih kuat dan pastinya benar-benar berdaya saing.”

West Ham pastinya gembira dengan kemenangan ke atas Chelsea. James Ward-Prowse memberi impak segera pada penampilan sulungnya, mencipta dua gol pembukaan untuk Nayef Aguerd dan Michail Antonio dan walaupun selepas Aguerd dibuang padang pada pertengahan babak kedua, ketahanan West Ham kompak dan ampuh.

“Kami berkampung di kawasan pertahanan dan kami menyelsaikannya dengan baik. Walaupun dengan 10 pemain kami bertahan dan mendapat satu lagi gol,” kata pengurus David Moyes.

“Kami bertahan, melakukan asas dengan baik dan mendapat tiga mata.”

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang