Pochettino Mahukan Pemain Seperti Ward Prowse Di Chelsea

Mauricio Pochettino menyatakan bahawa Chelsea memerlukan seorang pakar bola mati seperti James Ward Prowse.

James Ward Prowse menjadi antara pemain penting Pochettino ketika di Southampton satu ketika dahulu.

Dan kini dia memberikan contoh impak pemain itu kepada West Ham musim ini.

Sementara itu Chelsea pula tidak memiliki pemain seperti Ward Prowse yang boleh menghasilkan bola mati yang bagus sama ada untuk menghasilkan jaringan atau mencipta peluang gol.

Dalam pasukan Chelsea sekarang ini, menurut Pochettino, mereka memiliki Ben Chilwell antara pemain yang paling hampir dengan kualiti Ward Prowse.

Selepas kekalahan 4-1 di tangan Liverpool, Pochettino mahu pasukannya bangkit. Di mana mereka kini terperangkap di pertengahan carta liga di tangga kesepuluh.

Memberikan pandangannya tentang kualiti bola mati Chelsea. Poch berkata: “Kami berusaha keras untuk setpis. Namun selepas itu, ianya tentang kualiti pemain yang mengambilnya.

“Kami tiada pakar bola mati. Jika kamu mahu bagus dalam bola mati, kamu perlu bekerja keras. Dan pada masa yang sama kamu perlukan seorang pakar.

“Ianya bukan kerana cara kami bekerja. Kami bekerja pada cara yang sama. Namun masalah utama kami adalah pengambil sepakan. Kami sudah bercakap tentang perkara ini dan akan mencari seorang pakar untuk perpindahan akan datang.

“Tengok pada West Ham. Apa yang beruba? Sebelum dan selepas? Ianya berbeza. Pengambil sepakan mereka adalah Ward Prowse.

“Kamu tambahkan pemain seperti itu dalam pasukan kamu, kamu akan meningkatkan peratusan [kualiti bola mati].

“Itulah bola sepak. Kerana bola sepak itu dimiliki oleh pemain bukannya jurulatih.

Sebagai rekod, 5 daripada 36 gol Chelsea musim ini hadir daripada situasi bola mati.

Bercakap tentang penyerangnya, selepas Chelsea melepaskan Armando Broja secara pinjaman, menurut Pochettino, mereka cukup kualiti di hadapan.

Dengan Nicolas Jackson kembali tersedia untuk dipilih beraksi menentang Wolves selepas kembali daripada AFCON.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah