Pochettino: Mangsa Kegeniusannya Sendiri Sendiri

Pochettino sah dipecat oleh Spurs. Berita yang boleh dikatakan mengejutkan dan boleh juga kau kata tak terkejut.

Prestasi awal musim Spurs musim ini agak teruk.

Namun alasan memecat Pochettino adalah kerana prestasi buruk awal musim serta hilang mandat daripada pemain di dressing room.

Bagi aku, personally aku rasa Pochettino mangsa kepada Kegeniusan beliau sendiri.

Musim lepas beliau membawa Spurs mara ke final UCL dengan tiada pembelian pemain. Serta beberapa pemain sedang menunggu tawaran kontrak lebih baik.

Masih juga Pochettino membawa Spurs mara ke final UCL dan menamatkan saingan di 4 teratas. Sours turut menjadi pencabar kejuaraan liga untuk tempoh yang lama musim lepas sehinggalah form mereka koyak dalam beberapa bulan terakhir.

Musim ni, ketika ramai meraikan kedatangan Lo Celso, Ndombele dan juga Ryan Sessegnon – Pochettino dengan lantangnya menyatakan beliau tak tahu menahu pasal pemain yang ditandatangani ataupun kontrak pemain.

Pochettino kecewa pemain dia nak dia tak dapat. Sebab di Spurs dia tak boleh berbincang dengan pemain secara direct. Dalam perpindahan pemain, biasanya jurulatih akan cuba bercakap dengan pemain secara terus. Itu tak berlaku di Spurs.

Dybala dan Coutinho antara 2 sasaran yang Spurs gagal dapat.

Seterusnya, Spurs keberatan menjual pemain seperti Eriksen yang terang terang dah tak nak sambung kontrak. Tak taulah lepas ni dia u turn.

Kenapa Pochettino perlu jual Eriksen? Sebab di Spurs dana perpindahan beliau ada sangat terhad. Kena jual sebelum beli. Nak jual pula orang tak bagi.

Lalu keluar kenyataan Pochettino menyatakan deskripsi jawatan beliau mengelirukan media. Patut letak ketua jurulatih sahaja bukan pengurus. Ini supaya media tak tanya pasal benda benda pada bidang kuasa pengurus.

Spurs kemudiannya meletakkan penanda aras tinggi agar Pochettino melakukan apa yang beliau lakukan musim lalu.

Kaveh Solhekol juga berpendapat Pochettino mangsa kepada kejayaan lalu.

Beliau membuatkan pengurusan menganggap pasukan Spurs ni memang cukup bagus nak bersaing kejuaraan liga dan UCL.

Namun mereka lupa Spurs musim lalu adalah over-perform kerana Pochettino.

Pochettino meninggalkan Spurs sebagai pasukan yang bermain beautiful football. Beliau adalah pemegang falsafah Marcelo Bielsa. Malangnya sepanjang di Spurs beliau gagal memberikan sebarang trofi. Namun siapa yang boleh menafikan kerja yang beliau lakukan di sana.

Tugasan pengurus seterusnya, akan memilih untuk mengelakkan falsafah yang sedia ada ataupun mengubah secara drastik.

Dengar kata Mourinho nak masuk ni. Pochettino dipecat kerana dressing room issue. Mourinho sebelum ni berapa kali berantakan di dressing room. Hadaplah korang Ali.

Di bawah Pochettino, Spurs konsisten menjadi pasukan yang bersaing dalam UCL. Dan sentiasa memberikan cabaran.

Dan ketika ini Spurs Ada 3 musim terbaik dalam liga dalam sejarah kelab mereka. Kesemuanya adalah di tangan Pochettino.

Pochettino adalah pengurus yang sangat lantang mengkritik Daniel Levy. Misalnya baru baru ini, beliau mempersoalkan, mana ada kelab besar yang fokus kepada Dokumentari. Ianya selepas Spurs menerima kontrak Amazon untuk dokumentari musim ini.

Malah Pochettino memberitahu, di Spur sekarang ni semua dah jadi Tak privacy. Apa akan berlaku kepada pemain bila mereka memikirkan bahawa hujung tahun ni cerita mereka dibelasah Bayern 7-2 akan ditonton umum?

Apapun, Pochettino tactician yang sangat bagus. Walaupun agak malang tak dapat sebarang trofi major, namun masih tetap menjadi rebutan kelab besar yang lain.

Namun kegeniusannya membuat Spurs mara sehingga ke final UCL 6 bulan lalu dengan skuad muda serta tanpa tambahan depth telah menghantui beliau.

Pemain mulai demand nak gaji lebih. Pengurusan mulai nakkan keputusan yang sama. Tapi suara dan kapasiti beliau sebagai pengurus sangat terhad.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.