Maurucio Pochettino mengesahkan bahawa dia mahu meminta maaf kepada pengadil Anthony Taylor kerana memaki hamun pengadil itu ketika wisel penamat dibunyikan.
Chelsea mengikat Man City 4-4 dalam aksi sangat dramatik. Di mana Chelsea menyamakan kedudukan pada masa kecederaan hasil penalti bekas pemain Man City, Cole Palmer.
Pochettino dilayangkan kad kuning kerana pergi berkonfrontasi dengan pengadil Anthony Taylor. Dia masuk ke padang dan beberapa kali berkata: “Persetubuhan apakah ini [W*F].”
Sambil dia sendiri meminta kad kuning daripada pengadil kerana dia memang nak maki pengadil dan tahu itu satu kesalahan.
Pochettino was furious with Anthony Taylor blowing the full time whistle just as Chelsea started a counter. pic.twitter.com/naE96L2uyC
— Sripad (@falsewinger) November 12, 2023
Pochettino menjelaskan kenapa dia benar benar marah pada masa itu?
Pochettino percaya, Taylor harus membenarkan serangan terakhir Chelsea berjalan dahulu sebelum dia meniup wisel. Kerana gerakan Raheem Sterling itu berpotensi memberikan Chelsea kemenangan sangat lewat dalam perlawanan ini.
Lebih menarik, Pochettino turut terlupa berjabat tangan dengan Pep Guardiola dalam aksi yang dianggap perlawanan terbaik musim ini di EPL.
Pochettino berkata: “Saya berpaling kepada pengadil dan berkata ‘ya aku berhak mendapat kad kuning’. Sebab masa tu saya agak melampau. Saya nak minta maaf kepada pengadil kerana itu bukan imej yang baik untuk saya dan kepada bola sepak untuk kelakuan seperti ini.”
“Saya juga nak meminta maaf kepada Pep kerana saya tidak melihatnya ketika momen tersebut.”
Pochettino memuji para pemainnya selepas ke-seri-an ini. “Sangat sangat membanggakan saya. Saya sangat gembira dengan pemain pemain. Mereka berhak menerima kredit sepenuhnya kerana aksi mereka malam ini sangat luar biasa.”