Pochettino Pening Fikir Cara Nak Sekat 2 Penyerang United Ini

Mauricio Pochettino mengakui bahawa dia masih runsing memikirkan cara untuk menyekat 2 penyerang berbisa Manchester United dalam aksi kedua dua pasukan malam ini.

Pemain yang dimaksudkan Pochettino ialah Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho yang dianggap sangat bahaya.

Garnacho sudah menunjukkan peningkatan mendadak dari segi penyudah. Sementara Marcus Rashford pula dianggap akan menjadi ancaman kepada Chelsea kerana pengalamannya dalam perlawanan besar.

“Mereka mempunyai pemain-pemain yang sangat bagus,” kata Pochettino kepada wartaan.

“Mereka mempunyai kelajuan dalam menyerang, jadi kami tidak boleh membiarkan mereka melakukan peralihan.”

“Kami harus hati-hati semasa menyelesaikan dan kehilangan bola. Saya fikir kami harus bijak dalam apa sahaja yang kami cuba lakukan kerana mereka mempunyai kelajuan melalui Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho yang boleh bergerak dengan sangat cepat.”

“Kami harus mencuba mendominasi dan memberikan tekanan dengan bermain di zon pertahanan mereka dan menurut saya itu akan menjadi cabaran bagi kami,” kata Pochettino lagi yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan jawatan di United sebelum kelab itu melantik Erik Ten Hag.

Ten Hag dijangka akan menurunkan dua pemain itu di kesebelasan utamanya. Selepas dia menafikan ada masalah dengan Rashford dan Martial selepas kekalahan di tangan Newcastle.

Di mana Ten Hag mengkritik sikap Martial dan Rashford yang dianggap malas bertahan.

Ten Hag dalam sidang medianya akur bahawa pemain dia bukan robot dan mereka juga keletihan selepas bermain 3 perlawanan dalam 6 hari.

Garnacho baru sahaja mencetak gol pertamanya di Liga Inggeris musim ini atas Everton, manakala Rashford sudah mencatatkan 2 gol.

Selain itu, pertembungan ini adalah yang pertama antara Pochettino dan Ten Hag sebagai pengurus. Selepas aksi UCL yang dramatik. Di mana Spurs bimbingan Pochettino pada masa itu bangkit dengan luar biasa pada perlawanan kedua aksi separuh akhir 2018/19.

Chelsea dan United masing masing mahukan kemenangan dalam perlawanan besar seperti ini untuk meningkatkan lagi motivasi mereka.

Man United selepas ini ada aksi menentang Bayern Munich yang dianggap hidup dan mati dalam kempen UCL dan kemudian kunjungan ke Anfield menentang musuh tradisi Liverpool.