Pochettino Puas Skuad Mudanya Curi 1 Mata Daripada Pasukan Terbaik Dunia

Mauricio Pochettino puas, pasukan mudanya berjaya membawa pulang 1 mata daripda markas pasukan terbaik di dunia.

Pemain pemainnya kelihatan semakin berani berdepan dengan pasukan besar di tempat lawan.

Chelsea mencuri 1 mata dari Etihad setelah seri 1-1 menentang juara bertahan, Man City.

Raheem Sterling meletakkan Chelsea di hadapan. Sebelum ianya disamakan Rodri.

Pochettino memuji pemain pemain mudanya. Dia berkata: “Kami mejaringkan gol terlebih dahulu. Kami sangat gembira. Saya rasa saya dah beritahu pemain pemain bahawa saya sangat gembira dan saya ucapkan syabas kepada mereka, usaha mereka sangat luar biasa.

“Semangat yang ditunjukkan hari ini, saya rasa itulah cara kami mahu bersaing.

“Dah tentunya saya gembira kerana kami bermain melawan pasukan terbaik di dunia. Dan pada hari ini, pemain pemain kami menunjukkan karakter mereka. Menunjukkan personaliti sebagai pemain dan pasukan. Ini membuatkan saya sangat sangat gembira.

Ditanya sama ada Pochettino memang sudah menetapkan dan mempersiapkan pasukannya dengam corak serangan balas, dan bagaimana dia mengendalikan taktikalnya.

Pochettino menjawab: “Saya akan jemput kamu datang sendiri ke padang latihan kami dan saya akan tunjukkan kamu macamana cara kami mempersiapkan diri.

“Ini adalah tugas kami sepanjang minggu ini. Namun ini bukan tentang kapsiti kami [sebagai jurulatih] untuk mempersiapkan perlawanan ini.

“Ini adalah tentang pemain yang berjaya melaksanakan tugas mereka. Mereka menunjukkan karakter mereka hari ini. Saya rasa kami cuba mempersiapkan pasuka. Semua staf kejurulatihan bertugas untuk menyediakan dan merancang peracangan taktikal dalam perlawanan, dan kadangkala ianya menjadi, kadangkala tak menjadi.

“Namun akhirnya, bola sepak ini adalah perlawanan yang milik pemain dan hari ini penyudah dan prestasi mereka adalah sangat baik.

“Kami sangat kenal Manchester City dan apa itu bermain di Etihad dan kemampuan mereka untuk mendominasi kamu serta menolak kamu jauh ke bawah.

“Dan jika kamu tak cukup berani, apabila kamu ada bola tetapi tak dapat memaksa mereka berlari balik ke zon pertahanan mereka, serta tidak berusaha keras, dan ia akan jadi seperti separuh masa kedua, kamu tidak dapat keluar dari kawasan kamu sendiri.

“Bagi kami ianya perlawanan sangat penting untuk mengekalkan momentum kami, dengan menyedari betapa kami sedangn meningkat naik dengan cara yang betul.

“Masih juga, kami masih bukan setaraf dengan Manchester City. Namun itu adalah sasaran kami, sudah tentunya.

“Kami pasukan yang muda dan perlukan perlawanan seperti ini untuk meningkatkan diri dan mewujudkan semangat yang kami perlu tunjukkan dalam setiap perlawanan.

“Kamu mahu menjadi kompetitif, kerana saya rasa sejak dari awal, kami adalah salah sebuah pasukan terbaik menerusi cara kami bermain, mencipta peluang dan saya rasa selepas 15 perlawanan, kami patut berada di 4 teratas.

“Namun inilah bola sepak, ianya bukan semata mata tentang menunjukkan kualiti yang bagus dan cantik, kamu harus kompetitif dan hari ini pasukan ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa kami boleh menjadi kompetitif dan bermain sangat baik.”