Mauricio Pochettino mengesahkan bahawa pemain tengah dengan rekod Britain, Moises Caicedo tidak dapat beraksi di tengah semalam kerana alami kecederaan.
Caicedo dianggap pemain penting oleh Pochettino. Oleh sebab itu kelab Chelsea sedaya upaya mahu memastikan pemain itu menjadi milik mereka.
Namun selepas aksi minggu antarabangsa, pemain itu telah mengalami kecederaan di lututnya. Dan itulah sebabnya kenapa Caicedo tidak bersama Chelsea dalam lawatan ke Bournemouth.
Chelsea diikat seri tanpa jaringan di Vitality Stadium. Dengan The Blues mempersiakan banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol.
Bercakap tentang ketiadaan Caicedo di dalam pasukannya, Pochettino berkata: “Caicedo tiba di sini dengan ada kecederaan di lututnya. Kami perlu memeriksa tahap kecederaannya dalam masa beberapa hari.”
“Dia tak tersedia pada hari ini [semalam], sebab itulah dia tak ada di sini.”
Pochettino on Moisés Caicedo not in Chelsea squad today: “Caicedo arrived back with a knock in his knee”. 🔵🇪🇨
“We need to assess him in the next few days but he wasn't available for today, that's why he not here”. pic.twitter.com/cnCzW9JzIG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 17, 2023
Pihak pengurusan Chelsea yakin bahawa kecederaan Caicedo adalah tidak serius. Dan berharap pemain itu akan kembali menguatkan barisan kesebelasan utama mereka dalam masa terdekat.
Ketiadaan Caicedo menyaksikan Lesley Ugochukwu yang berusia 19 tahun beraksi bersama dengan Enzo Fernandez dan juga Connor Gallagher di tengah sebagai kesebelasan utama.
Satu fakta luar biasa, Lesley Ugochukwu merupakan pemain ke-37 beraksi dalam kesebelasan utama Chelsea pada tahu 2023 dalam Liga Perdana Inggeris.
Staggering stat from Opta, Lesley Ugochukwu is the 37th player to start a league match for Chelsea in 2023.
— Nizaar Kinsella (@NizaarKinsella) September 17, 2023
Selain Caicedo, Chelsea juga berdepan dengan masalah kecederaan Romeo Lavia.
Chelsea masih bergelut untuk mencari konsistensi dalam pasukan mereka.